Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

UMNO Tolak Usaha PH...

BANTAH... UMNO menolak sebarang usaha penjualan aset milik sayap pelaburan kerajaan iaitu Khazanah...

Adam Yoong Menyinar Dalam...

PUTRAJAYA - Atlet ski air termuda negara, Adam Yoong Hanifah, 9 menyinar di...

Lagi Kisah Warga China...

SEORANG penumpang dari China yang menaiki pesawat dari Beijing ke Guangzhou, telah bertindak...

Polis Kesan 2 Lelaki...

KAJANG : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja...

Demi Kebahagiaan Anak, Nenek Ini Sanggup Lahirkan Cucu Sendiri

BARANGKALI inilah yang dikatakan, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya itu adalah luar biasa.

Demi merealisasikan impian anak perempuannya yang menginginkan cahaya mata, seorang wanita dari Amerika Syarikat sanggup mengambil risiko dengan melahirkan cucunya sendiri.

Tracey Thompson, 54; bertekad menawarkan diri selepas simpati dengan nasib anaknya Kelley McKissack, 28; yang disahkan mandul selepas tiga kali mengalami keguguran.

Baca: Ibu Derma Rahim Untuk Anaknya Boleh Bersalin

tracey-thompson-and-kelley-mckissack_1_.jpg1.PNG

Pada Rabu lalu, Thompson telah selamat melahirkan bayi perempuan iaitu cucunya sendiri yang diberi nama Kelcey di sebuah pusat rawatan di Plato, Texas.

Terharu dengan pengorbanan ibunya, McKissack menyifatkan kelahiran bayi perempuan itu sebagai hadiah terbaik pernah diterima dalam hidupnya.


Menurut laporan Metro.co.uk, Thompson telah pun menghadapi menopause sejak tujuh tajuh lalu. Namun, doktor telah melakukan rawatan implan embrio ke dalam rahimnya supaya membolehkan dia mengandungkan cucunya.

Doktor yang menjalankan prosedur tersebut iaitu Dr. Yusuf Leveno turut menyifatkan kejadian ini sebagai ‘keajaiban’. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=z0fWw4nQ378]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori