Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nas-T Dah Nak Kahwin,...

PELAKON Nas-T sebelum ini mengakui bahawa dia sedang selesa berkawan dengan Atita Haris, seorang...

Wanita Hamil Keguguran Ditendang...

SEORANG wanita hamil keguguran setelah ditendang di bahagian perut dalam satu serangan berdekatan...

Najib Sertai Pemimpin APEC...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin...

Pegawai Polis Warga China...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai polis warganegara China ditemui mati di rumah rakannya...

Dazrin: Perkahwinan Ditunda, Bukan Dibatalkan

Semalam, sepatutnya pelakon Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli diijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta. Namun, kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan segalanya.

Perkahwinan pasangan ini terpaksa dibatalkan tanpa didedahkan sebab-sebab pembatalannya. Namun, menurut Dazrin, memetik sumber Berita Harian, pelakon lelaki ini mengatakan mereka hanya menunda dan bukan membatalkan rancangan perkahwinan yang sudah diatur sejak awal tahun ini.

“Saya ingin membuat pembetulan bahawa majlis pernikahan yang dijadual berlangsung pada hari ini bukannya dibatalkan tetapi ditunda.

“Kami tunda kerana kami sibuk dengan kerja, bukannya kerana kami bergaduh disebabkan isu adanya orang ketiga.

“Amyra tahu kedudukan perkara sebenar. Ketika ini, kami masih mencari tarikh yang sesuai. Segala keputusan perlu dibincangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.


“Kami memang nak sangat bernikah hari ini (semalam). Amyra sangat teruja dan setiap hari bercerita perasaannya bakal menjadi isteri,” katanya.

“Kami memang nak sangat bernikah hari ini (semalam). Amyra sangat teruja dan setiap hari bercerita perasaannya bakal menjadi isteri,” katanya.

Sebelum ini, keakraban Dazrin dengan pelakon Ramona Zam Zam dikatakan sebagai penyebab kepada perkara ini berlaku namun Ramona menafikan dirinya menjadi punca kepada pembatalan perkahwinan pasangan pelakon muda itu.

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori