Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8 Anggota Bomba Sesak...

MELAKA - Lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka sesak nafas...

Tulis Makan Sampai Kenyang,...

BAHANA tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi, sebuah video memaparkan beberapa orang...

Perbahasan RUU 355 Ditangguh,...

KUALA LUMPUR - PAS hairan mengapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi...

Fiza Elite Dibuli Pemandu...

PEMBULI jalan raya memang ramai di kalangan kita, ada yang sengaja menjadi pembuli...

Datuk Red Kongsi Rahsia ‘Indahnya Poligami’

SUSULAN penyebaran video menunjukkan suami Adira, Datuk Red sedang merangkul mesra pinggang pelakon Ruhainies di sebuah pusat beli belah, pelbagai kutukan diberikan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu 38, tidak pernah melarikan diri dari pihak media malah tampil berkongsi  ‘rahsia’ untuk menjaga hati kesemua isteri-isterinya tanpa sebarang masalah walaupun pelbagai pihak memberikan kutukan.

Menurut Datuk Red, para lelaki mesti berterus terang dalam segala perkara dan tidak boleh menipu pasangannya.

“Isteri-isteri kita memang pantang kalau kita berahsia dan menipu. Apa yang utama dalam hubungan suami isteri ialah, kita perlu berterus terang dalam segala perkara,” katanya kepada Utusan Online.

Datuk Red juga mengakui bahawa dia bersedia untuk berkahwin satu lagi selepas ini dan mungkin inilah sikap yang diamalkan olehnya sehingga berkelakuan seperti isteri-isterinya langsung tidak terguris hati.


Sebelum ini, Datuk Red pernah berkahwin semasa berusia 20 tahun tetapi perkahwinan itu telah berakhir dengan perceraian.

Kini Datuk Red mempunyai dua isteri iaitu Datin Red dan Adira. Selepas kantoi bermesra dengan Ruhainies, Datuk Red telah menetapkan syarat bahawa bakal isteri ketiganya perlulah seorang yang muslimah sekaligus mengakui Ruhainies bukanlah wanita yang dicari olehnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori