Cinta Sejati, Lelaki Maut Terbakar Demi Selamatkan Isteri

SEORANG lelaki di China maut selepas merempuh masuk ke dalam sebuah van yang sedang terbakar demi menyelamatkan isterinya yang terperangkap.

Kejadian  berlaku di Yixing, Jiangsu kira-kira jam 7 pagi Jumaat lalu, selepas van dipandu lelaki berkenaan bertembung dengan sebuah bas.

Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian, van tersebut terbakar selepas kemalangan dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri lalu menjerit menyuruh isterinya segera keluar dari van berkenaan.

5a

5

Namun selepas melihat isterinya tidak berjaya keluar, dia nekad memasuki van tersebut dan menolak isterinya keluar biarpun tindakan itu membuatkan dia terperangkap dalam api yang sedang marak.

Rata-rata netizen terharu dengan kisah lelaki ini yang sanggup mengorbankan dirinya demi cinta kepada isteri. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply