Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua ‘Tuhan Harun’ Meninggal...

KUANTAN - Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia...

MITI Siarkan Teks Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Seperti dijanjikan kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan...

2 Pelajar Maut Dalam...

KUALA TERENGGANU - Dua pelajar maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan...

Video: BF Nafi Minta...

KES seorang gadis cantik ditemui maut selepas dipercayai bunuh diri dari tingkat 16 sebuah...

Cerita Anak Malaysia Bernama Azalina Eusope, Kami Kagum!

Dilahirkan dalam serba kemiskinan, seorang anak kelahiran Malaysia, Azalina Eusope kini sedang bersiap untuk membuka sebuah restoran berkeluasan 15, 000 kaki persegi di Market Square, San Francisco.

Bangunan itu lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ibu Pejabat Twitter.

Berkonsepkan santai, restoran yang diberi nama ‘Azalina’s Malaysian’ ini menyediakan hidangan makanan tengah hari, malam dan juga snek.

Antara menu yang bakal disajikan adalah kari ayam dan laksa.

Namun kejayaan tidak dikecapi dalam sekelip mata.

Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan ‘mamak’, Azalina berkongsi cerita bagaimana dia pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang untuk menjual pencuci mulut.

Dalam usaha mahu membebaskan diri daripada kemiskinan, Azalina yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan juga pernah cuba mengejar impiannya menjadi seorang doktor.

Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.

Selepas mendapat berita buruk itu, dia mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya dia belajar memasak dengan lebih baik.

Selepas bertemu dengan suaminya dari Amerika dan nekad untuk meninggalkan kemiskinan, dia terus berpindah ke San Francisco, tempat di mana dia kini berjaya dalam perniagaannya.

“Empat tahun lepas saya pernah meminjam USD500 untuk menjual makanan di pasar tani. Saya akan menyuruh anak-anak bangun pada jam 3 pagi. Kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta sebelum pergi menjualnya.


“Pada enam minggu pertama, tiada siapa datang untuk makan makanan saya,” kongsi Azalina dalam video YouTube terbitan Mashable Originals.

Hanya setelah Andrew Knowlton dari majalah Bon Appetit menyenaraikan makanan Azalina sebagai salah satu daripada sepuluh makanan yang harus dicuba di Farmers’ Market (pasar tani), barulah lebih ramai yang tahu tentang makanan Azalina hingga bermulanya perniagaan katering.

azalina-prep-for-demo

Meskipun kian berkembang, Azalina menyatakan dia mahu lebih ramai lagi mengetahui tentang masakan dan budaya mamak.

“Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak, siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya,” kata Azalina.

“Ini adalah makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan.

“Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun,” katanya.

Di sebalik kejayaan, Azalina berkata ianya tidak mudah apabila perlu bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua atau tiga jam.

Bagaimanapun, dua anaknya memberikan kekuatan untuk Azalina terus cekal menjalankan urusan perniagaan.

Sumber: Anzalinas, Mashable, Mstar

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori