Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAS Hilang Kelayakan Bentuk...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebuah angkatan baharu yang dijadikan...

Kanak-Kanak Orang Asli Batek...

KOTA BHARU - Kanak-kanak Orang Asli suku kaum Batek, Nasri Rosli, 3, yang...

Kekasih ‘Kantoi’ Dalam Gambar...

SEORANG lelaki mendapati teman wanitanya curang bersama lelaki lain, dan mengambil keputusan untuk...

MERS: Kematian Ketiga Di...

SEOUL - Seorang lagi mangsa wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) disahkan maut...

Cara Paling Mudah Bezakan Produk Milo Tulen & Tiruan

DI ZAMAN ini, banyak pihak tak bertanggung jawab mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan memanipulasi barangan sedia ada di pasaran dengan menjual produk tiruan.

Terbaharu, kes Milo tiruan yang dibuktikan dengan penyebaran rakaman video dan rampasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan perumahan di Mantin, Negeri Sembilan.

Susulan timbul kebimbangan orang ramai tentang produk tiruan yang dikhuatiri  dibeli oleh mereka tanpa sengaja, pihak Nestle menerusi akaun rasmi Milo Malaysia memaklumkan cara mudah mengenalpasti sama ada Milo yang ingin dibeli adalah produk tulen atau tiruan.

[TERDAHULU: VIDEO: Milo Tiruan Dibungkus ‘Timbang Kilo’ Dalam Rumah]

Caranya adalah mengamati pek bungkusan Milo yang ingin dibeli.

“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” demikian maklumat dikongsikan di laman tersebut.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.


Apa yang mengejutkan, proses pembungkusan produk tersebut didapati dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!

– MYNEWSHUB.CC

 Video Pembungkusan Milo Tiruan Yang Mengejutkan

https://www.youtube.com/watch?v=f8dQHXtrNhs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori