Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kes Terus Meningkat –...

Kementerian Kesihatan melaporkan 5,230 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di...

Pelajar Cedera Blok Asrama...

SINTOK - Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cedera selepas sebatang pokok tumbang...

Rizab Negara Susut RM22.2...

SEJAK Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu dua bulan lalu, rizab antarabangsa Bank...

Nenek Atlet Olimpik Meninggal...

SEORANG wanita warga emas di Surin, Thailand meninggal dunia seminit sebelum cucunya memenangi pingat...

Pilu… Calon SPM Mati Lemas Habis Peperiksaan Dapat 9A

SELURUH negara pada 21 Disember tahun lalu pernah dikejutkan dengan berita sedih apabila dua rakan sebaya usia dari Batu Pahat, Johor ditemui mati lemas ketika mereka gembira mandi di Pantai Rhu, Setiu, Terengganu.

Dalam kejadian tragik itu, Mohd. Naim Adnan, 17, dari Kampung Seri Bengkal, Sri Gading dan Muhamad Wafiq Mohd. Nor, 17, dari Kampung Seri Bengkal Mukim 6, Parit Yaani, Yong Peng dijumpai sudah meninggal dunia.

Manakala rakan kedua-dua pelajar malang tersebut, Ahmad Izad Shahruddin, 17, pastinya trauma waima umurnya panjang apabila berjaya diselamatkan oleh pasukan kecemasan tempatan dengan bantuan penduduk awam di situ.

Sebelum kejadian pada pukul 10 pagi itu, mereka bertiga yang baharu tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikatakan mengikuti program keagamaan di negeri Pantai Timur tersebut bagi mengisi cuti masa lapang.

Jenazah dua sahabat baik itu kemudian dikebumikan tidak jauh antara satu sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal selepas dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Hari Krismas.

arwah

Biarpun sudah lama menghadap Ilahi, tiada siapa menduga allahyarham Muhamad Wafiq catat keputusan cukup cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada 3 Mac namun tentunya amat memilukan keluarganya.


MYNEWSHUB difahamkan calon ini yang menuntut di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat mampu memperoleh A dalam kesemua sembilan subjek didudukinya termasuk A+ untuk Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

Allahyarham juga mendapat A bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi yang dikategorikan sebagai mata pelajaran cukup susah pula dia mampu lagi meraih A-.

Tidak ketinggalan Allahyarham turut malah mendapat 2A untuk subjek sampingan iaitu Bahasa Inggeris 1119 kelolaan pihak lembaga peperiksaan Cambridge yang diduduki jutaan pelajar asing terbaik di seluruh dunia.

Keputusan SPM yang dicatatkan oleh arwah itu bukan sahaja membanggakan keluarganya, namun apakan daya dia sudah pun kembali ke Rahmatullah lebih awal dan tidak sempat pula menyaksikan kejayaan dirinya sendiri.

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. Semoga Allah SWT merahmati roh allahyarham Muhamad Wafiq serta menempatkan insan terbaik ini dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin. – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori