Cadangan Rotan Anak Belum Dimuktamadkan – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menjadikan tindakan rotan anak sebagai satu kesalahan jenayah belum dimuktamadkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil perhatian pandangan diberikan pelbagai pihak sehingga timbul pelbagai polemik berhubung cadangan berkenaan.

Perkara seperti ini akan dibincangkan secara teliti. Kita melihat ia satu polemik yang sihat terutama informasi daripada pelbagai pihak dan menerusi pelbagai sudut.

“Bagi saya kerajaan tidak putuskan apa-apa lagi, belum konklusif, kita akan terima pandangan dan maklum balas masyarakat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas menangani isu Cameron Highlands di sini, sebentar tadi. – BH Online

Loading...