Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kafe Di Taiwan Jadikan...

SEBUAH kafe di bandar Hualien, Taiwan yang beroperasi sejak 2013 menjadikan anak ayam...

Anggota Parlimen Paya Besar...

KUANTAN - Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal...

Budiman, Mastura Mampu Galas...

KUALA LUMPUR - Pemilihan Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai...

VIDEO: Pelanggan Mengamuk Tak...

Rasanya ramai dah tahu kisah kekecewaan pelanggan Petronas gara-gara kes buat kempen untuk...

Budak Kutip Bola Yang ‘Bawa Tuah’ Kepada China

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Begitulah kisahnya apabila penjaga gol skuad China telah berjaya menempis bola sepakan penalti dari skuad Arab Saudi setelah mengambil ‘nasihat’ daripada seorang budak kutip bola dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Brisbane baru-baru ini.

Menerusi laporan The Guardian, Stephan White, kanak-kanak yang berusia 12 tahun, berjaya membantu penjaga gol China, Wang Dalei menyelamatkan satu sepakan penalti lawan dan seterusnya membolehkan China untuk terus mara dalam saingan Piala Asia.

Wang-600x360
Wang menuruti nasihat White dan menerpa ke sebelah kirinya untuk menyelamatkan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa kedua, apabila penyerang Arab Saudi, Naif Hazazi dijatuhkan pemain China, Ren Hang di dalam kotak penalti.

Ketika Hazazi bersiap sedia untuk sepakan penaltinya, Wang bertanyakan White yang berdiri di belakang gawang, arah mana dia patut terpa.


Kanak-kanak dari Brisbane itu meneka dengan menjawab “kiri” dan Wang yang bertindak menuruti nasihat White berjaya menempis sepakan penalti Hazazi, menggunakan kakinya.

Pasukan China kemudiannya membalas jasa White, dengan menjemputnya untuk berlatih bersama skuad itu, semalam, menjelang saingan kedua menentang Uzbekistan.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Guardian

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori