Budak 4 Tahun Hidap Kanser, ‘Kahwini’ Jururawat Kegemaran

SEORANG penghidap penyakit kanser yang baru berusia 4 tahun, Abby Sayles, telah mengecapi impian dongengnya untuk berkahwin dengan ‘putera kacak’ pilihannya dalam sebuah majlis perkahwinan.

Perkahwinan olok-olok itu telah direka serta dirancang oleh pekerja di Pusat Melodies di Albany, New York, untuk membahagiakan hati budak perempuan itu.

Abby telah dikahwinkan dengan jururawat kegemarannya, Matt Hckings, yang menjadi pujaan hati Abby sejak dia menerima rawatan susulan penyakitnya di situ.

mattab

Matt sedar bahawa Abby begitu sayangkannya dan merancang ‘majlis’ itu untuk membuatkan anak kecil tersebut lupa tentang penyakit yang dihidapinya.

Usaha dan inisiatif yang diambil itu telah menyentuh perasaan ramai orang termasuk pengguna laman sosial.

mattab1

Dipenuhi dengan jambakan bunga, kelopak bunga di lantai serta ‘putera kacak’ yang menanti ketibaan puterinya, usaha mulia semua individu yang terlibat itu telah mengukir senyuman kebahagiaan pada muka Abby.

Sekurang-kurangnya dia dapat merasa kebahagian yang diidamkannya, semoga Abby cepat sembuh dan terus berjuang melawan penyakit membunuh itu.  – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...