Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Ritcher...

Lisa Kini Terbuka… Setuju...

JIKA dahulu, pasangan selebriti popular, Yusry KRU dan Lisa Surihani memilih untuk tidak...

Adenan Satem Lakukan Yang...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempunyai kad laporan yang...

Negara Boleh Huru-hara Jika...

KUALA LUMPUR - Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan...

Buang Sifat Sombong Dan Belajarlah Dari Lelaki Ini

KEBIASAANYA, orang yang berjaya di dunia ini rata-ratanya tidak sombong dan amat merendah diri.

Lihat sahaja kisah seorang lelaki Cina di Singapura yang merupakan CEO syarikat hartanah namun masih menggunakan MRT setiap pagi serta masih memakai dompet lama pemberian cucunya.

Itulah yang dinamakan nilai hati budi seorang ketua yang sempoi.

Terbaru di media sosial Facebook, kami tertarik dengan sekeping gambar yang memaparkan rakaman candid seorang lelaki yang dipercayai merupakan pengurus kepada sebuah badan organisasi ternama di Perak.

Rakaman gambar tersebut diambil sewaktu orang ramai sibuk untuk menjamu selera makan tengahari.

Rupanya, Mynewshub diberitahu bahawa beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) dan ketika gambar berkenaan diambil seseorang yang kebetulan melalui kawasan itu, ia merupakan waktu makan CEO berkenaan.


Kelihatan beliau sempat menjenguk seorang lelaki yang dipercayai OKU (Orang Kelainan Upaya) yang mempunyai masalah dan melapangkan masa untuk duduk berbual bertanyakan khabar.

Beliau duduk sempoi di tangga sahaja dan melayan OKU berkenaan.

Dikatakan beliau sempat menghulurkan bantuan peribadinya dan menelusuri rencah kehidupan di sebalik nasib lelaki tersebut.

Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan, adalah amat sukar untuk kita melihat segelintir pemimpin atau orang ternama yang mempunyai nilai seperti ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori