Botol Air Jenama Cactus Dijumpai, Misteri MH370 Bakal Terungkai?

SELEPAS lebih setahun misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 gagal dirungkai apabila ia langsung gagal dijejaki, kini kes itu menampakkan sinar harapan apabila serpihan yang terdampar di Pulau Reunion kini sedang diteliti kerana memiliki persamaan dengan jenis pesawat tersebut iaitu Boeing 777.

Jika sebelum ini, salah satu bahagian luar kapal terbang iaitu flaperon dijumpai, kini, seorang individu yang tinggal di kawasan tersebut menjumpai objek yang boleh membantu kes itu.

Pekerja Pantai Akui, Pernah Bakar Serpihan Pesawat

Creissen Philippe, dalam muat naik beberapa keping foto di laman Twitter peribadinya, menunjukkan penemuan beberapa botol minuman pelbagai jenama. Antaranya, jenama Cactus yang terkenal di Malaysia.

https://twitter.com/creissen/status/627791874330349568

https://twitter.com/creissen/status/627792087698776064

https://twitter.com/creissen/status/627825454192398336

https://twitter.com/creissen/status/627792352560726016

Bagi menguatkan andaiannya, Creissen turut mengambil gambar diskripsi di botol-botol yang ditemuinya. Antara yang tertulis adalah penerangan dalam bahasa Melayu, cop kelulusan halal dari JAKIM dan pengesahan produk tersebut dikilangkan di Malaysia.

Tragedi menghayat hati yang berlaku pada tanggal 8 Mac 2014 itu meninggalkan seribu persoalan kepada seluruh warga dunia apabila penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, China dan membawa 239 penumpang serta anak kapal itu gagal dikesan hanya selepas sejam berlepas.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung di Lautan Hindi selama beberapa bulan turut gagal membuahkan sebarang klu sehinggalah penemuan flaperon minggu lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Berita Antarabangsa Tentang Penemuan Flaperon Di Pulau Reunion

Loading...