Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak,...

Majlis Presiden PN Puas...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai...

Tapak Kompleks Tabung Haji...

MAKKAH - Pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sudah meninjau beberapa tapak...

Tempat Lain Boleh, Tapi...

WALAUPUN sudah berusia 52 tahun, Shah Rukh Khan masih lagi menjadi pujaan hati...

Boikot Sebagai Satu Cara Untuk Jihad

JIKA kita imbau Sirah Nabi SWT, Baginda telah menggunakan cara tekanan ekonomi melalui pasukan-pasukan tentera yang diutus untuk menyerang kafilah-kafilah perniagaan orang kafir Quraisy.

Dalam satu peristiwa Nabi SWT pernah mengutus 300 anggota tentera berkuda yang dikepalai oleh Abu Ubaidah bin Al-Jarrah RA untuk menyerang kafilah Quraisy (Sahih. Riwayat Abu Daud).

Begitu juga dalam Peperangan Badar yang pada asalnya berlaku akibat Nabi SWT keluar daripada Madinah untuk mendapatkan kafilah Abu Sufyan (Riwayat Muslim).

Lebih daripada itu, ketika di Makkah Nabi SWT pernah mendoakan atas kaum Quraisy agar mereka ditimpakan kemarau dan kehidupan mereka menjadi susah.

Berkata Abdullah bin Masud RA:

“Apabila Kaum Quraish bertindak derhaka terhadap Rasulullah sallalahu alaihi wasallam dan enggan menerima Islam Baginda berdoa,

اللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسَبْعٍ كَسَبْعِ يُوسُف

“Ya Allah, bantulah aku dengan kemarau seperti mana kemarau (Nabi) Yusof.”

Akibatnya penduduk Mekah kekurangan makanan yang teramat sangat sehingga ada yang memakan bangkai. Hal ini berterusan sehingga Nabi SWT diminta supaya berdoa kepada Allah agar kemarau dihentikan” (Sahih. Riwayat Tirmizi).

Boikot Dengan Arahan Pemerintah

Demi memastikan keberkesanannya, arahan memboikot suatu perniagaan atau kelompok peniaga yang tertentu perlu dilaksanakan dengan mendapat arahan pemerintah agar pelaksanaannya dapat dilakukan secara menyeluruh dan bersama; tidak hanya secara individu atau berkumpulan.

Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi dalam sebuah fatwanya menyatakan:

“Dibolehkan membeli barangan yang halal tidak kira daripada mana jua ia dikeluarkan selagi mana pemerintah tidak memerintahkan supaya ia diboikot demi maslahat Islam dan orang Islam.” (Fatwa no. 21776 bertarikh 25.12.1421H).


Syeikh Soleh Fauzan Al-Fauzan hafidahullah, Anggota Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi ketika ditanya tentang memboikot barangan perniagaan berkata:

“Barangan dagangan ini tidak akan diboikot kecuali jika ada arahan daripada pemerintah menuntut supaya ia diboikot… Maka dalam keadaan ini barulah ia perlu diboikot.”

Demi kemaslahatan umat, masyarakat Islam perlu menyahut seruan pemerintah MEMBOIKOT barangan peniaga yang menaikkan harga barangan untuk menindas pembeli muslim lebih-lebih lagi apabila sudah jelas bahawa golongan peniaga ini adalah golongan Kuffar yang ingin menimbulkan huru-hara dan menjatuhkan negara.

Jihad Mempertahankan Negara

Musuh Islam tidak pernah berputus asa untuk terus melemahkan umat Islam. Kalau dahulu dengan senjata perang. Kini mereka bertambah licik apabila mereka menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk merealisasikan matlamat mereka menghancurkan Islam.

Tinggal lagi adakah umat Islam sedar akan hal ini atau adakah mereka masih leka dengan persengketaan dan perbalahan sesama mereka gara-gara merebut kuasa dan jawatan. Amat menyedihkan jika mereka terus bersengketa ketika musuh sedang mengasah senjata untuk merobek umat Islam tatkala masa yang sesuai tiba.

Di samping golongan Kuffar, kumpulan Khawarij dan Liberal juga perlu diawasi kerana ternyata mereka juga bersekongkol bersama golongan Kuffar dalam menghancurkan Islam daripada dalam. Ibarat gunting dalam lipatan, ramai masyarakat tidak sedar akan bahaya golongan-golongan ini terhadap Agama dan Negara.

Atas perinsip wala’ menyokong serta mempertahankan agama dan umat, di samping kewajipan taat kepada pemerintah dalam hal yang makruf, umat Islam perlu menyahut seruan pemerintah memboikot barangan peniaga Kuffar yang menindas pengguna Islam.

Jangan pula menjadi seperti golongan Khawarij dan Liberal yang ‘Memerangi Umat Islam dan Meninggalkan Penyembah Berhala’.

Wallahul Musta’an.

Ustaz Idris Sulaiman
Ahli Majlis Syura iLMU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori