Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Pasti Zulfarhan Muntah...

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan yang merawat Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal...

Fathia Latiff Dikritik Nampak...

UMUM mengetahui, pelakon jelita Fathia Latiff telah mengambil keputusan berhijrah mengenakan hijab sepenuhnya...

Anwar Bebas, Proses Peralihan...

DATUK Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini dan melangkah keluar dari Hospital Rehabilitasi...

Hudud: SKMM Siasat Laporan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah...

Bimbang Kekasih “Miss Flight” Lelaki Beri Amaran Bom Palsu

SEORANG lelaki di Perancis sanggup membuat panggilan palsu menyatakan ada bom di dalam kapal terbang yang bakal dinaiki teman wanitanya semata-mata bagi melambatkan penerbangan supaya kekasihnya tidak tertinggal.

Lelaki berusia 33 tahun itu membuat panggilan kepada lapangan terbang wilayah Bordeoux-Merignac yang terletak di Selatan-Barat Perancis pada khamis lalu dan memberitahu pihak berkuasa terdapat bom di dalam kapal terbang.

Pihak polis yang melakukan siasatan bagaimanapun mendapati panggilan itu hanyalah palsu semata-mata, seterusnya membawa kepada penangkapan suspek yang tinggal kira-kira 12 batu dari Bordeaux.

Lelaki itu mengakui berbuat demikian bagi melewatkan penerbangan kerana teman wanitanya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan yang kini menghadapi pendakwaan boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda sebanyak 21 ribu dolar.

– MYNEWSHUB.CC


https://www.youtube.com/watch?v=VoS-GUO9o7E

Oleh: Pitt

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori