Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Teruk Dibelasah JDT, Norizam...

Kuala Lumpur: Kekalahan mengaibkan sehingga 10-0 dengan agregat penuh 15-1 boleh dielakkan jika...

Pusat Beli-Belah Yang ‘Ala-Ala’...

 Mengambil inspirasi kedai barangan berjenama terkemuka, seorang usahawan China telah membuka pusat beli...

Waspada Tabung Derma Masjid...

KUANTAN - Penduduk sekitar Kampung Pandan dinasihatkan agar berwaspada dengan kewujudan tabung derma...

China: Negara Paling Pesat...

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini,...

“Minyak Naik Tapi KFC Ramai Orang” Status FB Ahmad Maslan?

SEJAK pagi ini, rancak warga maya mengkritik status Facebook yang dikatakan dimuatnaik oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Apa yang pasti, status itu berisi kenyataan yang amat ‘kurang cerdik’.

Susulan harga minyak naik sebanyak 10 sen bermula malam tadi, sudah tentulah ia mengecewakan ramai orang. Justeru, status yang dimuat naik dalam akaun bernama Ahmad Maslan ini menggambarkan sikap tidak peka dengan situasi tersebut.

Jangan Pandang Enteng, Ahmad Maslan Sebenarnya Adalah…

Status itu berbunyi, “Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?”

Pastinya, status berkenaan diamuk pengguna Internet kerana ia dilihat seolah-olah tidak memahami beban yang ditanggung. Selain status berkenaan, dua status lain turut mencuri tumpuan.

Nah, anda lihatlah sendiri.

Untitled

Walau bagaimanapun, tak lama selepas ia diviralkan, Ahmad Maslan tampil di laman mikro Twitter rasminya bagi menangkis status-status fitnah tersebut.


Ujarnya, akaun Facebook tersebut adalah palsu dan bukan miliknya seperti yang diuar-uarkan pihak tertentu.

Tak pasti sama ada tindakan tersebut dibuat pihak-pihak tertentu atas niat untuk menfitnah atau sekadar mengusik, tapi rasanya ia sudah melampaui batas kerana mencemarkan reputasi Ahmad Maslan.

Semua tahu, nama Ahmad Maslan sudahpun dikenali dengan pelbagai gelaran negatif akibat tindak-tanduknya sebelum ini, jadi usahlah sesiapa tambah burukkan lagi keadaan itu.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 Ahmad Maslan Jawab Isu Nasi Goreng Tanpa GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori