Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kylie Jenner Sahkan Dia...

Bintang Keeping Up With The Kardashian, Kylie Jenner mengesahkan dia telah menindik di...

RISDA Jejak 145 Pekebun...

SIK - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengesan 135...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan...

SEGAMAT - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan jaminan penghantar surat,...

PH Calonkan Anwar PM...

SHAH ALAM - Keputusan sebulat suara ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih Datuk...

Besarnya Saiz… Bakso Astaghfirullah Aladzim

JAKARTA – Jika anda melancong ke Bandung, yang diberi gelaran Paris Van Java Indonesia dan kebetulan perut pula sedang ‘berkeroncong’ hebat, mungkin anda perlu mencuba bakso di gerai ini.

Ini bukan sembarangan bakso. Dengan saiz cukup luar biasa, iaitu sebesar bola sepak, bakso ini malah diberi nama ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’ yang lazim diucapkan umat Islam untuk memohon ampun daripada Allah SWT.

Cabarannya adalah mampukah pelanggan untuk menghabiskan sebiji daging bakso itu secara bersendirian. Untung nasib badan, anda mungkin akan mendapat hadiah istimewa daripada pemilik gerai tersebut. Menarik bukan?

“Kalau saiz besar ini boleh dihabiskan seorang satu, mereka tidak perlu membayarnya. Malah, akan diberi percuma sebiji bakso lagi untuk dibawa pulang,” pemilik gerai, Laman, memberitahu wartawan stesen TV NET News.

Laman sebenarnya sudah memulakan perniagaan penjualan bakso sejak tahun 1985, namun setahun setengah yang lalu beliau memutuskan untuk cuba menjual pula ‘Bakso Astaghfirullah Aladzim’, lapor stesen tersebut lagi.

Besarnya Saiz... Bakso Astaghfirullah Aladzim

Besarnya Saiz... Bakso Astaghfirullah Aladzim


“Bakso yang besar ini asli daging sapi. Tidak ada campuran daging-daging lain,” jelas Laman. Dengan harga 150,000 rupiah (kira-kira RM46), bakso raksasa itu berjaya mencuri perhatian ramai pelanggan termasuk pelancong asing.

“Bukan hanya tepung semata-mata. Dagingnya memang terasa. Pada awalnya kami ingatkan hanya mahu membeli dua biji. Tetapi ternyata saiznya memang lebih besar daripada gambar,” kata salah seorang pelanggan, Sandi Taufik.

Dengan gelak ketawa dia menambah: “Ini memang Astaghfirullah Aladzim!” Beratnya sahaja sudah mencecah dua kilogram dan bagi yang tidak mampu, boleh menikmati bakso sekecil saiz bola tenis berharga 25,000 rupiah (RM8).

Lokasi kedai Bakso Astaghfirullah Aladzim ini terletak di Jalan Sukawarna, Pajajaran iaitu kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar raya Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori