Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Bakal Jadi...

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat isu mahkamah yang menyelubungi Presiden Parti Ikatan...

Kiswah Kaabah Akan Dipamerkan...

DATUK Seri Najib Razak dijangka mempamerkan kepada khalayak kain kiswah Kaabah diterimanya daripada...

“Bukan Kekasih, Dia Hanya...

PENYANYI, Ezlynn menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa bahawa seorang jejaka yang sering...

BN Perlu Menang Di...

ALOR SETAR - Lima tahun selepas Barisan Nasional (BN) kembali merampas Kedah selepas...

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’

JOHOR BAHRU – Segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan sedang berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor.

Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu.

Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portal The Star.

Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka ’01’, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk tinggal dan menjalankan perniagaan di Johor. Anda tidak perlu tukar nombor MyKad anda untuk tinggal di negeri ini.”


Ketika ditanya mengapa ada yang sanggup bersusah payah menukar nombor MyKad mereka, beliau percaya ia disebabkan oleh terma ‘Bangsa Johor’ yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang lahir di negeri Johor.

Ia juga mungkin kerana pengenalan konsep ‘Johor Muafakat’ oleh pihak kerajaan negeri Barisan Nasional yang mula menarik ramai orang luar untuk menjadi penduduk Johor.

Selain itu, katanya negeri tersebut juga makmur dengan pembangunan stabil dan rakyat dalam kalangan pelbagai bangsa dapat tinggal bersama secara harmoni. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori