Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Gol Alli Tewaskan Real...

KEJUTAN buat Tottenham apabila menewaskan Real Madrid dalam perlawanan peringkat Kumpulan H Liga...

MB Pahang Harap ECRL...

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Projek Laluan Rel...

Bekas Adun Beserah Meninggal...

KUANTAN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70,...

Daniel Ting Disambar JDT,...

JUARA bertahan lapan musim berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran...

Bekas Kekasih Madonna Didenda Rakam Gambar Ahli Politik Tidur

BEKAS teman lelaki Madonna iaitu Brahim Zaibat telah didenda satu euro oleh mahkamah Paris selepas merakamkan selfie dengan ahli politik haluan kanan Perancis, Jean-Marie Le Pen ketika beliau sedang tidur.

Le Pen, 87; tertidur dengan mulut terbuka duduk di kerusi apabila Brahim yang berusia 29 tahun itu merakamkan gambar selfie tersebut ketika mereka dalam pesawat untuk penerbangan dari Paris ke Nice.

Brahim yang merupakan penari profesional dan pernah berpacaran dengan Madonna hanya selama tiga tahun, kemudiannya memuat naik gambar berkenaan menerusi laman Facebook, Instagram dan Twitter.

Gambar tersebut kemudiannya telah dikicau sebanyak 12,000 kali selepas dimuat naik menerusi media sosial pada 12 Disember, dua tahun lalu.

Meskipun Le Pen menuntut bayaran denda sebanyak 50,000 euro namun Brahim mujur telah didenda oleh mahkamah dengan hanya satu euro, demikian lapor The Local.


Mahkamah mendapati gambar berkenaan adalah bersifat lucu dan digunakan untuk menghantar mesej politik. Ia juga tidak melanggar hak eksklusif Le Pen menurut undang-undang Perancis.

Bagaimanapun Brahim diarahkan membayar 3,000 euro kos perundangan dan membuang gambar terbabit dalam masa 48 jam atau didenda 1,000 euro untuk setiap hari ia kekal dalam media sosial.

Brahim menggunakan imej itu untuk meminta pengundi supaya tidak menyokong parti Le Pen iaitu National Front pada pilihan raya wilayah pusingan kedua, bulan Disember itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]J6-sy17owUo[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • denda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori