Bayi Mati, Sewaktu Ibu Sedang Asyik Layan Dadah!

DALLAS (North Carolina): Seorang ibu, Stephanie Amber Tillman, 30; ditahan apabila bayi lelakinya yang berumur 6 bulan ditemui mati ketika dia sedang asyik dan khayal akibat pengambilan dadah berlebihan.

Kejadian ‘sadis’ itu berlaku di sebuah kediaman di Temple Lane, Dallas, North Carolina, Amerika Syarikat.

Pada kejadian tersebut, Tillman yang sedang asyik dan khayal ‘ditemani’ oleh dua anak berumur 3 dan 4 tahun di bilik belakang kediamannya.

Kejadian yang berlaku pada malam perayaan Hari Krismas itu menyaksikan bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan bogel oleh bapanya, Jerry Allen yang baharu pulang dari tempat kerja. Bayi yang ditemui ‘terbaring’ di atas sofa itu tidak memberi sebarang respon apabila dipegang oleh bapanya.

Allen yang menghubungi pejabat polis Lincoln County memberitahu, tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada mayat mangsa.

Selain itu, dua anak yang ‘menemani’ isterinya juga ditemui dalam keadaan bogel dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kini, Tillman telah ditahan dan diletakkan di penjara Lincoln County dengan ikat jamin sebanyak AS$100,000 (RM429,395).

Dia juga bakal berhadapan dengan beberapa tuduhan antaranya membiarkan anak-anak, mendera kanak-kanak dan membunuh.

Pada masa sama, pihak Jabatan Khidmat Masyarakat di sana bertindak menghantar dua anak pasangan ini untuk berada di bawah jagaan saudara terdekat sementara pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Proses bedah siasat akan dijalankan oleh pihak Pusat Perubatan Baptist bagi menyiasat dan meneliti punca sebenar kematian bayi lelaki tersebut.  – MYNEWSHUBCC

Sumber: Mirror.UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RgSH80wM6m4&w=560&h=315]