Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Felda Dimanipulasi: Ini...

MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Felda menjadi idaman dan kesayangan pihak pembangkang konon...

Trump Tidak Serik Jumpa...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dikecam kerana mengadakan sidang...

Tragis, Bayi Minum Susu...

TRAGIS apabila seorang bayi berusia 17 bulan ditemui penduduk sedang menghisap susu daripada...

Jenazah Mangsa Lemas Dibawa...

KUALA LUMPUR - Jenazah warganegara Indonesia, Hashir, 38, seorang daripada lima mangsa lemas...

Bayi Malang Diabaikan, Tubuh Tinggal Rangka, Digigit Binatang

ROMANIA – Gambar ini menunjukkan bagaimana seorang bayi diabaikan oleh ibunya meskipun hanya dua minggu dilahirkan. Tubuhnya menjadi kurus kering dengan kulit berwana kuning, dan turut mengalami masalah kegagalan hati serta pernafasan.

Ia merupakan sesuatu yang menyayat hati dan doktor percaya bayi malang ini turut menjadi mangsa gigitan binatang, sekali gus menambahkan kesengsaraannya.

Bayi tersebut turut menghidap jangkitan darah dan mengejutkan pasukan perubatan kerana masih hidup walaupun diabaikan dengan teruk oleh ibunya.

Doktor kini bergelut siang dan malam untuk memastikan bayi berkenaan terus hidup.

Dia ditinggalkan oleh ibunya di hospital dan sejak itu wanita berkenaan langsung tidak datang mengunjunginya. Wanita itu dikatakan turut mempunyai lapan anak yang lain.


Suaminya bekerja di Itali dan dilaporkan tidak dapat menghantar wang kepada isterinya selepas dipenjarakan kerana mencuri.

Ia menyebabkan wanita itu terpaksa bergelut untuk meneruskan kelansungan hidup bersama anak-anaknya hinggakan bayi itu tidak dipedulikan serta tidak diberikan nama.

Pihak berkuasa bercadang menempatkan bayi malang itu dengan jabatan kebajikan namun wanita berkenaan tidak membenarkan anaknya dijadikan anak angkat.

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori