Bapa Transgender Sanggup Buang Keluarga Demi Kejar Impian

SUDAH buang tebiat.

Itu situasi yang melanda seorang lelaki transgender dari Kanada yang sanggup ‘meninggalkan’ isteri dan tujuh anaknya demi meneruskan impian untuk hidup seperti budak perempuan berusia enam tahun.

Krisis pertengahan usia yang dialami Stefonknee Wolschtt, 46, itu menyebabkannya kini tinggal bersama keluarga angkat.

Sebelum melakukan pembedahan pertukaran jantina, Wolschtt sudah berkahwin selama 23 tahun.

“Saya tidak boleh menafikan yang saya pernah berkahwin dan mempunyai anak. Tapi keinginan saya untuk menjadi kanak-kanak kembali semakin membuak-buak,” katanya yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk proses pembedahannya itu.

1

Walaupun tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarganya, namun Wolschtt tetap mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarga angkat dan badan sukarelawan yang menyokong organisasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – MYNEWSHUB.CC