Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gajah Sumatera Berjaya Lahirkan...

JAKARTA - Seekor gajah Sumatera yang dikategorikan sebagai spesies yang hampir pupus berjaya...

GAMBAR: Ngeri!! Tangan Rabak...

Berita dan gambar yang dikongsikan di sebuah laman sosial komuniti ini benar-benar mengerikan!Seorang...

Ibu Muda Mati Terikat...

PETALING JAYA - Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati...

VIDEO: Kagum!! Penyanyi Australia...

Let It Go sememangnya lagu yang menjadi siulan ramai masa kini, daripada anak-anak...

Banjir Sarawak: Gadis Derita Lapar Terperangkap 3 Hari

BINTULU – Dia bukan saja terpaksa menahan lapar selama tiga hari, malah turut menderita kesejukan terperangkap dalam hutan akibat hujan lebat dan banjir selepas dilaporkan hilang ketika memancing bersama rakan di Sungai Segan, di sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, mangsa Christina Senie David, 14, dari rumah panjang Nyaing, di sini, menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi bot melalui kawasan sungai berkenaan sebelum mempertaruhkan nyawa berenang untuk mendapatkan bantuan.

Secara kebetulan, bot itu pula dinaiki anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu yang dalam misi menghantar bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir di Rumah Panjang Giri, di sini.

Sumber berkata, ketika diselamatkan pasukan bomba kira-kira jam 9 pagi, mangsa dalam keadaan lemah akibat kelaparan, selain menggigil kesejukan.

Menurutnya, Christina dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika memancing bersama tiga rakannya menaiki perahu di sungai itu, namun mereka terpisah akibat hujan lebat dan air pasang besar ketika turun ke kawasan hutan berhampiran. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori