Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Larian Malam PUMA Sasar...

KUALA LUMPUR - Penganjur edisi kedua Larian Malam PUMA di Setia Alam, Selangor...

Projek Hakisan Pantai Di...

MIRI - Kerajaan persekutuan meluluskan projek pengawalan hakisan pantai Kampung Batu 1, Kuala...

Jemaah Haji Yang Ditemui...

SEPANG - Jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, yang ditemui selepas dilaporkan hilang...

2 Lori, Sebuah Kereta...

ALOR GAJAH - Sebuah lori tangki LPG, sebuah lori 'bonded' dan sebuah kereta...

Banjir Kilat Bukan Penghalang Untuk Wanita Ini Beli McDonald’s

DEMI melayan nafsu makan walaupun banjir kilat sedang melanda di tempat tinggalnya, seorang wanita sanggup berkayak untuk membeli makanan di restoran McDonald’s.

Ya! Menggunakan kayak rakannya di laluan pandu lalu, Tamara Barker,18 gigih membeli makanan segera itu di McDonald’s Port Lincoln di Australia Selatan.

Pelayan restoran tersebut kelihatan terhibur dengan tindakan Tamara sementara mereka menyediakan 4 biji burger keju yang diidamkannya.

Kakak Tamara yang menangkap gambar tersebut telah memuatnaiknya di laman Facebook lantas meraih perhatian orang ramai.

wm

“Ia sangat berbaloi untuk meminjam kayak itu, saya berkayak lebih kurang 20 meter untuk ke pandu lalu.


“Air banjir telah melebihi paras lutut, mengakibatkan kemusnahan kecil serta menggugat aktiviti perniagaan namun ia tidaklah begitu teruk,” ujarnya.

Banjir kilat yang melanda kawasan di Australia Selatan kini, dilaporkan menyukarkan pergerakan penduduk di sana dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

2E159A3300000578-3302921-image-a-40_1446605267008

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori