Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Video: Lamborghini Tunda Kandang...

VIRAL menerusi laman YouTube beberapa hari lalu apabila memaparkan sebuah kereta mewah Lamborghini...

Ada Kemungkinan Selain Kumpulan...

PASIR PUTEH - Polis tidak menolak kemungkinan ada kumpulan militan selain Abu Sayyaf...

“Kerana Ada Satu Sahaja...

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor...

VIDEO : Lawak!! Calon...

TUMPAT (Kelantan) - Seperti diketahui di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor...

Azmin Lulus 3 Lebuh Raya Tol Dedah Hipokrit PKR Selangor

KUALA LUMPUR – Kepimpinan PKR dicabar ambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali jika benar parti itu tidak dimaklumkan mengenai kelulusan projek pembinaan tiga lebuh raya.

Menurut Pengerusi BN Selangor, Noh Omar, PKR pernah bertindak tegas terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim apabila menandatangani memorandum persefahaman konsesi air dengan kerajaan Pusat.

“PKR mesti tegas. Kalau dasar mereka keputusan dibuat Menteri Besar mesti rujuk dengan pimpinan PKR, macam pernah dibuat terhadap Khalid pasal air, tidak rujuk dia dipecat. Begitulah juga perlu dibuat sekarang.

“Jadi kes Azmin, kita dimaklumkan, kalau ikut cakap Rafizi mereka pun tidak tahu dan tidak maklum, jadi PKR kena ambil tindakan tegas macam terhadap Khalid,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen.

Untuk rekod, kerajaan Selangor baru-baru ini bersetuju dengan pembinaan tiga lagi lebuh raya yang melalui jajaran negeri itu iaitu Damansara-Shah Alam (DASH), Klang Baru (NKVE) dan Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE).

lebuh raya


Sebelum itu, PKR ‘kecoh’ membantah tindakan sebahagian besar syarikat konsesi lebuh raya di Semenanjung Malaysia pada 15 Oktober lalu yang telah mengumumkan kenaikan kadar tol di 18 buah lebuh raya mereka.

Noh Omar yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan Azmin membuat keputusan berat sebelah dan ada motif tersirat kerana sebelum ini sanggup membatalkan projek Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).

“Azmin macam berat sebelah, Kidex dia batalkan tapi 3 ini diluluskan, sebab apa? Adakah kerana syarikat konsesi datang jumpa dia baru luluskan, yang mana syarikat konsesi tidak jumpa dia, dia tidak mahu lulus?” soalnya lagi.

Azmin terdahulu menegaskan Kidex tidak termasuk dalam pelan rancangan tempatan Petaling Jaya, sekali gus ia salah satu alasan kerajaan negeri membatalkan projek pembinaan lebuh raya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori