Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Pukul Isteri Di...

SEORANG lelaki dirakam memukul isterinya di khalayak ramai sambil disaksikan oleh anak perempuannya...

Merokok Meningkatkan Risiko Dijangkiti...

KUALA LUMPUR - Gilbert (bukan nama sebenar) mula merokok ketika berusia 17 tahun...

Lelaki Pecah Rekod, Jalan...

MENAKJUBKAN! Seorang lelaki ini telah berjaya memecah rekod terdahulu dengan berjalan di atas...

Warga Asing Tular Culik...

Raub : Wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak...

Azmin Ali Tidak Berniat Batalkan Perjanjian Air

Berita baik untuk rakyat Lembah Klang, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata beliau tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor.

Sebaliknya, beliau mahu melihat kualiti dan pengurusan air lebih berkesan di negeri itu.

“Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

Bagaimanapun, beliau tetap mendesak agar kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian berkenaan secara sepenuhnya.

[BACA – Azmin Tuntut Penjelasan Putrajaya Berkenaan Perjanjian Air]

“Bagaimana saya dan pentadbiran baru dapat mempertahankan keputusan yang diambil sekiranya kami tidak dapat menjelaskan terma dan syarat-syarat, kadar tarif yang dikenakan serta bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna?” kata Mohamed Azmin dalam laporan itu.

Sebelum ini ada beberapa pihak mendesak beliau sebagai Menteri Besar yang baharu selepas menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan perjanjian itu kerana ia seolah-olah perjanjian antara Abdul Khalid dan UMNO.


Beliau ada menerima dokumen memorandum persefahaman (MoU), perjanjian dan perjanjian induk namun kandungannya dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Oleh kerana itu, saya tidak boleh dedahkan butiran yang terdapat di dalam perjanjian. Ia hanyalah perjanjian biasa dan transaksi perniagaan di antara negeri dan Persekutuan. Ia bukan berkaitan keselamatan negara,” katanya.

Azmin juga berkata beliau telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian itu kepada orang awam tetapi ia tidak dibalas.

Namun Dr Ongkili berkata Peguam Negara tidak membenarkannya dan pihak syarikat juga tidak bersetuju. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori