Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

MCA Beri Amaran Putuskan...

KUALA LUMPUR - MCA memberi amaran untuk tidak bekerjasama dengan UMNO jika parti...

UMNO Ambil Tindakan Terhadap...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat daripada parti...

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Penyanyi Bismillah Tak Kecil...

SEJAK single Bismillah mula popular dimainkan banyak stesen radio beberapa bulan lalu tanpa...

Awek Pakai Ketat Berdepan Denda RM10K, Jadi Isu

“SELEPAS lima hari Ramadan 31 wanita Islam di Kelantan telah diheret ke pengadilan kerana tidak memakai tudung atau berpakaian ketat,” lapor Sin Chew Daily.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda lebih RM1,000 atau penjara lebih 6 bulan, atau kedua-duanya, lapor akhbar itu lagi.

Susulan itu, banyak pihak memperkatakan tentang hal ini di laman-laman sosial namun sesetengahnya lebih cenderung ke arah negatif.

Didapati kebanyakan yang berkongsikan berita ini dan menjadikannya satu isu adalah golongan bukan Islam atau Melayu ‘liberal’ yang melihatnya sebagai sesuatu yang membimbangkan dan menafikan hak kebebasan manusia.

Bagaimanapun menerusi pencerahan diberikan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Mohd. Fadzuli Mohd. Zain,  31 wanita yang didapati berpakaian ketat dan seksi dalam `Ops Aurat’  yang diadakan pada Rabu lepas tidaklah sampai dikenakan kompaun RM1,000.

Sebaliknya 24 daripada wanita terbabit menerima notis hadir kaunseling pada tarikh yang ditetapkan oleh JAHEIK manakala tujuh lagi hanya diberikan amaran.

Ternyata apabila perkara ini dilaporkan secara tidak tepat ianya menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha JAHEIK menegakkan hukum Islam di negeri berkenaan.


‘Ops Aurat’ dijalankan khas bagi mendidik orang ramai khususnya wanita agar lebih menghormati bulan Ramadan dengan tidak berpakaian seksi atau menjolok mata.

24 wanita yang didapati berpakaian ketat lalu menerima notis kaunseling sebelum ini, diwajibkan JAHEIK menghadirinya atau berdepan hukuman lebih berat.

Awek Baju Ketat Di Kelantan Didenda RM10K Jadi Isu
Undang-undang Kelantan melarang kaum wanita membuka aurat atau berdepan saman sempena Ramadan mendapat sokongan umat Islam tempatan di sana.

“Mana-mana individu yang ingkar akan dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

“Tindakan yang dilakukan oleh JAHEAIK ini bukannya bertujuan mendatangkan masalah kepada kaum wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka supaya menghormati bulan yang mulia ini,” kata Fadzuli. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4YUtZmLRNn0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori