Sedih… Dengarkan Rintihan Pilu Mangsa Banjir Di Manek Urai

Runtun hati tatkala mendengar rakaman suara wanita yang merupakan salah seorang mangsa di pusat pemindahan banjir di Manek Urai Lama, Kelantan.

Menerusi laporan media tempatan, dek kerana paras air yang meningkat secara mendadak, Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama yang menjadi pusat penempatan mangsa itu turut terjejas apabila paras air naik secara mendadak.

Dengan nada sebak, dia memberitahu yang mereka bercadang untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi iaitu di atas bukit.

“Minta tolong semua..tak tahulah bagaimana keadaan di Manek Urai, air dah naik.

“Polis tak ada…minta tolong pihak di luar sana hantar bantuan,” rintihnya.

Setakat ini, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang paling teruk terjejas akibat banjir selepas gelombang kedua yang melanda Kelantan, Isnin lalu.

Dikhabarkan inilah kali pertama Kampung Manek Urai Lama lumpuh apabila air melimpahi segenap ceruk kampung.

Apapun, diharapkan agar mangsa banjir bersabar kerana kami percaya pasukan penyelamat sedang berusaha sedaya-upaya untuk sampai ke lokasi bagi memberikan bantuan.
MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=PW7SkDImnYs

Oleh: ELZA

Leave a Reply