Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ucapan Anniversary Alyah Buat...

PERNAH diuji dengan pelbagai ujian yang melanda rumah tangganya, penyanyi Alyah nyata tabah...

Bangunan Tambahan Hospital Tanah...

TANAH MERAH - Sebahagian daripada blok bangunan tambahan Hospital Tanah Merah yang sedang...

Empat Lelaki Ditahan Terlibat...

MELAKA : Polis Melaka menahan empat lelaki berusia antara 32 dan 42 tahun...

Dua Bulan Peluru Tertanam...

NEW DELHI - Seorang lelaki dianggap sangat bernasib baik kerana masih mampu hidup...

Apa Jasa Datuk Jackie Chan Selain Police Story 3? Ini Dia..

BILA artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk satu ketika dahulu, banyak pihak mempertikaikannya.

Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada aktor terkenal Jackie Chan, apabila penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.

Alasan yang diberikan Tengku Adnan adalah sama dengan alasan yang diberikan sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan iaitu sumbangan selebriti berkenaan yang mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini.

Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.

Justeru, kami ingin kongsikan alasan lain yang mungkin tak ramai tahu tapi sedikit sebanyak mungkin dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ pihak yang masih berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada Jackie Chan.

Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?

Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan dikatakan telah membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.

Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah jutaan dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.

Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?


Jawapannya ada di print screen bawah…

amal jackie wm

Ha, nampak tak? Itu pun diketahui sebab ada anak yatim yang telah merasa kebaikan Jackie Chan mahu membelanya.

Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.

Apa pun, terpulanglah pada masing-masing.

Kadangkala harta, pangkat dan lain-lain perkara best jadi milik seseorang kerana dia memang bernasib baik jadi anggap sajalah gelaran Datuk sudah rezeki Jackie Chan. Bukan boleh dibawa mati pun… -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=81nenSbs6nU

Oleh: hzqahmd (hero tamil)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori