Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lucinta Luna, ‘Teman Lelaki’...

JAKARTA - Polis Indonesia selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.Detiknews...

Polisi Kerajaan PH Merugikan...

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menjangkakan Indonesia...

Donald Trump Dituduh Tipu...

NEW YORK - Calon Presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah undang-undang apabila mahkamah...

Pelajar Siapkan Bendera Jalur...

SUNGAI SIPUT - Hampir 1,000 guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji...

Anjing Setia Tunggu Pemilik Yang Mati Dilanggar Trak

MENYEDIHKAN… Seorang wanita yang sedang bersiar-siar bersama dengan anjingnya telah mati dilanggar oleh sebuah trak di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat.

Apa yang lebih menyentuh perasaan orang ramai adalah, anjing peliharaan yang bernama Paco itu dilihat setia menantinya dan tidak mahu meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut media tempatan, Kelly Black dilaporkan maut di tempat kejadian selepas dilanggar dan diheret sebuah trak di situ sebelum pemandunya hilang melarikan diri.

q
Kelly Black dan anjingnya, Paco.

Selain boleh sahaja pergi dari situ, Paco sebaliknya memilih untuk terus menunggu di sisi Kelly sehingga bantuan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, Paco yang sangat bersedih dengan kejadian itu dilihat masih berbaring di tempat kemalangan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa tuannya sudah tiada lagi.

w2

Paco akhirnya dijemput oleh waris Kelly yang juga ahli keluarganya setelah hampir satu jam ‘berkabung’ di situ.


Pihak polis menyatakan bahawa amat mustahil bagi pemandu trak tersebut untuk langsung tidak perasan yang dia telah terlanggar sesuatu.

Mereka akan segera menyiasat dan memberkas suspek yang terlibat dalam kemalangan tragik itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Dodo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori