Tak Lagi Relevan, Miss World Gugur Pusingan Berbikini

Setelah beberapa dekat berlangsung, pertandingan ratu cantik Miss World akhirnya menggugurkan pusingan swimsuit atau berbikini yang sebelum ini syarat wajib bagi setiap peserta bertanding.

Menurut wakil Miss World Organisation, Julia Morley, keputusan tersebut dilakukan setelah membuat pertimbangan sewajarnya tentang pusingan yang memerlukan peserta memakai pakaian renang menampilkan tubuh seksi mereka.

elle-julia-morley-h

Saya sejujurnya tidak tahu apakah kepentingan untuk melihat para jelitawan memperagakan tubuh pada sebarang penganjuran pemilihan ratu cantik.

Ia tidak menyumbang sebarang kepentingan serta faedah baik kepada saya mahupun semua wanita di luar sana.

Kami bukan mahu mencari mereka yang hanya mempunyai bentuk tubuh cantik tetapi mampu jadi suara yang didengari seluruh dunia,” ujar Julia dalam kenyataannya yang disiarkan majalah Elle.

Sebelum ini, pusingan tersebut jadi pertikaian ramai kerana penampilan yang terlalu mendedah dan dilihat mengeksploitasi wanita sebagai simbol seks. Akibatnya, Majlis Fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai acara tersebut.

Julia yang kini berusia 70 tahun menambah, dia ingin membuang tanggapan skeptikal masyarakat tentang acara itu yang tidak hanya mencari kualiti fizikal, sekaligus mengubah hala tuju utama pertandingan tersebut.

Lantas, ada pihak yang mengharapkan situasi tersebut bakal mengubah kembali pendirian Malaysia untuk membenarkan wanita Islam menyertai acara tersebut pada tahun yang mendatang.  – MYNEWSHUB.CC

Video Tribute Untuk Peserta Miss World & Miss Universe Dari Malaysia

Loading...