Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Untuk Rundingan...

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Kerajaan Prihatin Kebajikan Golongan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memelihara kebajikan golongan Orang...

Perbincangan ‘Rahsia’ 5G: Zahidi...

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya...

Tiada Tajaan Haji, Pesawat...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Al-Quran Laris Sejak Serangan Berdarah Di Charlie Hebdo

 

PARIS – Jualan al-Quran dan buku mengenai agama Islam meningkat secara mendadak sejak insiden serangan berdarah kumpulan pengganas tempatan di pejabat akhbar mingguan satira biadap Perancis, Charlie Hebdo di sini pada 7 Januari lalu.

Laporan laman web Pages Halal menyebut, naskhah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan apabila disenaraikan antara 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan talian, Amazon sepanjang tempoh 26 hari lalu.

Portal berita Islam Pos yang memetik laman web Perancis itu turut menyiarkan komen Francois Maillot, pengurus besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, mengenai trend pembelian buku sejak serangan pada awal bulan lalu.

Kata beliau, ramai penduduk tempatan mula mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskhah terjemahan al-Quran, fenomena yang sama pernah melanda Amerika Syarikat pasca serangan terburuk pengganas pada 11 September 2001.

“Rakyat Perancis sibuk mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit terkenal seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel, selain buku-buku berkenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat pembeli.


“Ini termasuk buku mengenai sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata Maillot yang mendedahkan bahawa buku berkenaan sistem keluarga Islam turut dicari ramai pelanggan.

Antaranya panduan hidup berkeluarga secara Islam, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun; di samping buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine.

“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar turut membaca buku A maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb,” jelas Maillot.

Dianggarkan terdapat lebih empat juta Muslim di Perancis dengan hampir 200,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara Eropah itu selain kira-kira 2,000 buah masjid atau surau untuk kemudahan ibadat di seluruh Perancis. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori