Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Dungun Tempa Kejayaan...

KUALA TERENGGANU - Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting...

Suhaimi Sulaiman Dilantik Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Personaliti penyiaran dan pakar strategi media tanah air, Suhaimi Sulaiman...

Reben Kuning: FA Dakwa...

PADA... Pengurus kelab ternama Manchester City, Pep Guardiola didakwa oleh Persatuan Bola Sepak...

Tiada Beza Pelaburan Di...

SERENDAH - Kerajaan tidak pernah membezakan usaha membawa pelaburan ke negeri yang ditadbir...

Aksi Tok Pa Panjat Pokok, KJ Kata Itu #FitKelate

TUMPAT (Kelantan) – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sudah dikenali dengan kempen #FitMalaysianya juga membuat kelainan ketika di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat.

Fit Malaysia merupakan satu program kempen ilham Khairy untuk menyemai cara hidup sihat rakyat Malaysia dengan bersenam dan menjalani gaya hidup yang cergas demi kesihatan.

Dalam tweetnya hari ini, beliau melihat aksi memanjat pokok rambutan yang dilakukan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama Mak Teh di kawasan Telaga Bata di DUN berkenaan.

“Ini #FitKelate ni,” kata Khairy memberikan reaksi kepada aksi lasak Mustapa yang jarang-jarang dapat dilihat.

Mustapa pada masa santainya pernah dilihat berkayuh basikal di kawasan tempat tinggalnya tetapi ini aksi yang betul-betul lasak dan jarang dilakukan oleh ahli kabinet.

Itu antara corat-coret yang berlaku sekitar tempoh berkempen BN dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang sebelum dipegang oleh Datuk Noor Zahidi Omar bagaimanapun beliau meninggal dunia 20 Ogos lepas.


Selain Mustapa, beberapa lagi pemimpin kerajaan turun memeriahkan aktiviti di Pengkalan Kubor antaranya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor ialah pada 25 September ini.

BN berdepan cabaran dari dua lagi calon iaitu dari PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori