Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Maharaja Akihito Akhiri Pemerintahan...

TOKYO – Maharaja Akihito akan menyerahkan takhta kepada anak sulungnya, Putera Naruhito, sekali...

Siasat Kesilapan Teknikal Semasa...

KUALA LUMPUR - Beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)...

TMJ Kongsi Gambar CLOSE...

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi beberapa keping gambar CQB Johor Military Force (JMF).

Mahathir Tak Terbabit Komplot...

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Tun Dr. Mahathir...

Aksi Dalam Tandas R&R Yang Amat ‘Mengejutkan’

NANTI dulu! Jangan fikir perkara yang bukan-bukan mengenai gambar yang kami kongsikan ini.

Ini bukanlah gambar sepasang kekasih yang ‘kantoi’ melakukan maksiat di tandas awam.

Sebenarnya, ia merupakan gambar seorang bapa bersama anaknya, yang terpaksa menjadikan tandas awam di R&R sebagai tempat untuk menumpang tidur, sedih bukan?

Menerusi gambar beserta penerangan yang dikongsikan Syed Azmi di laman Facebooknya, beliau menceritakan maksud disebalik gambar tersebut.

“Saya tidak boleh tidur malam ini, begitu banyak perkara yang saya fikiran.

Iyalah, perasaan teruja bertemu dengan rakan-rakan ketika hari raya, lebih-lebih lagi yang jarang berjumpa memang seronok.

Setelah selesai saya pun memandu pulang ke rumah.

Sewaktu memandu, saya sempat berhenti di sebuah R&R. Ketika di sana, saya terus ke tandas namun apa yang mengejutkan ialah saya terdengar tangisan kanak-kanak.

Anda boleh bayangkan betapa seram sejuknya saya ketika itu, lebih-lebih lagi di waktu malam yang sunyi sepi.

Saya pun mencari di sekeliling, saya lihat ini seorang kanak-kanak dan seorang dewasa sedang tidur dalam tandas yang bertanda Bilik Persalinan.

Hanya berbantalkan tuala dan lengan beliau, kanak-kanak dan lelaki itu tidur secara senyap di lantai yang keras dan sejuk.

Saya bertanya kepada pengawal berhampiran. Ya, bapa dan anak perempuan, tolong jangan buat laporan, beliau adalah seorang ayah yang baik. Miskin tinggal di bandar.

Saya tidak berani untuk membangunkannya malam ini, jelas saya tidak akan tahu apa yang boleh jangkakan sekiranya dia terjaga. Dan saya percaya pada pengawal tersebut. Naluri saya berkata, ok.

Saya hulurkan kad nama kepada pengawal untuk diberikan kepada lelaki dalam tandas itu. Saya hulurkan juga sedikit wang tunai.


Malam ini masih di malam Hari Raya, bayangkan kita semua selesa dengan aircond ketika di rumah.

Tetapi, kanak-kanak ini pula tidur di dalam tandas, cuba bayangkan anak anda sendiri di tempat tersebut. Itulah perasaan saya sekarang.

Bapa kanak-kanak tersebut cuba lakukan yang terbaik setakat ini sepertimana yang diberitahu oleh pengawal. Siapa lah saya untuk menilai mereka hanya sekadar doa yang terbaik sahaja. Gambar ini adalah benar dan ianya memang menakutkan saya.

Rancangan saya sekarang adalah untuk cuba untuk ajak mereka Sarapan Pagi dan sembang keesokkannya.

Namun pada keesokkan harinya, pada jam 7.30 pagi , saya terus memecut ke R&R yang sama.

sad

Setelah sampai, apa yang ditinggalkan hanyalah bekas botol minuman F & N, 12 puntung Rokok, ‘biskut lutut kelapa’ dan itu sahaja.

Sama seperti apa yang anda lihat di sini. Pengawal yang saya bertemu semalam sudahpun menamatkan waktu bekerjanya dan diganti kepada pekerja lain.

Saya cuba juga bertanya kepada pengawal tersebut, namun beliau seakan tidak memahami apa yang saya tanyakan.”

Memang banyak perkara yang membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Buka mata dan selami dengan hati maka kita akan lebih mudah hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Syed Azmi

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori