Bapa Maut Dibaham Buaya Depan Anak Ketika Pasang Belat Ikan

MALANG memang tidak berbau.

Leka memasang belat bagi menangkap ikan, seorang bapa, Idris Yakub, 56, maut dibaham buaya dalam satu kejadian di Sungai Batang Samarahan, Kuching, Sarawak pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Chung Aik Peng berkata, mangsa bersama dua anaknya, Saujana, 12, dan Shahrizal, 8, keluar ke kawasan sungai tersebut menaiki bot kayu bagi memasang perangkap ikan kira-kira jam 7 petang, Jumaat.

Setelah air sungai mulai pasang sekitar jam 11 malam, mangsa bersama anak-anaknya mula memasang belat di tebing sungai.

Namun, sejam selepas itu, kedua-dua anak mangsa terdengar suara jeritan bapa mereka.

Ingin tahu apa yang berlaku, anak perempuan mangsa, Saujana menghalakan lampu picit ke arah bapanya sebelum terl