Ahmad Bashah Akan Diumum MB Baru Pagi Rabu

KUALA LUMPUR – Kemelut jawatan Menteri Besar Kedah dijangka berakhir pagi ini (Rabu 3 Februari) apabila Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah akan diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Dijangka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din akan mengumumkan nama Menteri Besar baru itu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya melalui satu sidang media pada pukul 10 pagi.

mynewshub.cc

Mynewshub difahamkan, keputusan tersebut dicapai setelah jemaah pemangku Sultan Kedah selesai bermesyuarat pada malam tadi (Selasa) di Istana Anak Bukit di Alor Setar.

Sejak 20 Januari lepas, suasana politik di Kedah ‘panas’ apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – MYNEWSHUB.CC

#BashaMB

Loading...