Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Galaxy Note 5...

PERTENGAHAN Ogos ini, Samsung bakal mengadakan acara Unpacked yang akan menyaksikan beberapa kemasukkan...

Pertanian Sebagai Kegiatan Kokurikulum...

NILAI - Aktiviti pertanian integrasi akan dijadikan kegiatan kokurikulum di sekolah menengah, kata...

500 Ilmuan Agama Sertai...

GEORGE TOWN - Sebanyak 500 ilmuan agama dan pembimbing haji daripada Turki, Kemboja,...

Tak Selindung! Dewan Ulamak...

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengejutkan ramai pihak khususnya ahli PAS sendiri setelah...

ADUN PAS Selangor Kesal Berpakaian Ala Dewa Cina

Ingat sebelum kena. Sekalipun wakil rakyat cuba ambil hati pengundi, namun mereka kena berhati-hati agar tidak terjadi seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paya Jaras, Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Gelagatnya berpakaian ala maharaja Cina ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baharu Cina bersama-sama dengan masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong pada Isnin lalu telah mencetuskan kontroversi.

Sebaliknya pakaian itu dikatakan ada kaitan dengan keagamaan mereka. Ia menyerupai dewa Cao Guo Jiu. Ekoran ‘kesilapan’ itu Khairuddin mengeluarkan kenyataan mohon maaf seperti dilaporkan portal propembangkang.

Beliau mendakwa kononnya perlu berpakaian sebegitu rupa bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain bukan Muslim sekali gus tidak menolak permintaan daripada pihak persatuan penduduk Wangsa Permai.

“Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan PAS Pusat untuk memutuskan kedudukan saya. Jika saya bersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan kepada Allah SWT dan saya mohon maaf kepada seluruh ahli,” katanya.

Jelasnya, beliau malah langsung tidak mengetahui bahawa kostum unik yang dipakainya itu sebenarnya adalah menyerupai kostum Cao Guo Jiu atau Chai Shen iaitu Dewa Kekayaan menurut kepercayaan kaum Tionghua.

Dalam satu kenyataan menerusi portal Harakahdaily, Khairuddin mengakui kesilapannya itu dan menjelaskan bahawa beliau diberitahu penduduk terbabit bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina zaman dahulu.


“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian tersebut adalah budaya dan ia tiada kena mengena pun dengan agama mereka,” katanya dipetik.

Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh panel Majlis Syura Ulama PAS terhadap dirinya ekoran isu pakaian kontroversi Cina tersebut.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian berkenaan sebagai ‘mengecewakan’ dan insiden itu turut dikesali oleh pihaknya sendiri.

Namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam dan menasihati ahli-ahli PAS supaya lebih berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan isu agama untuk mengelakkan sebarang salah faham.

“Tetapi kita tidak pula merasakan tindakannya itu sebagai bertujuan untuk menentang ajaran Islam atau memperkecilkan syiar Islam,” tambah Nik Muhammad Zawawi lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: ADUN PAS Tidak Sensitif, Berpakaian Ala Dewa Cina

Juga: Jejaka Perancis Jadi Dewa Cina Di Singapura

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori