Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Jadi PM...

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO sedang menerajui pentadbiran...

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan...

Mulai esok (27 Nov), Malaysia akan mengenakan larangan sementara perjalanan ke Afrika Selatan,...

UMNO Johor Sedia Bantu...

KOTA ISKANDAR - UMNO Johor sedia membantu membawa pulang mangsa keldai dadah Syzlin...

PAN Alu-Alukan ‘Parti Mahathir’...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mengalu-alukan penubuhan Parti Pribumi Bersatu...

Abang Long Fadhil Cari Saudara Terpisah Di Melaka

NAMA bekas gangster Singapura, Abang Long Fadhil, 29, kini tidak asing lagi buat masyarakat negara kita. Ceritanya tentang penghijrahan ke jalan Allah SWT setelah bermimpi tentang Hari Kiamat telah menyentuh banyak hati.

Dalam perkembangan terbaharu, Sinar Harian melaporkan Abang Long Fadhil kini sedang mencari saudara mara sebelah bapanya, Husin Busu, 60, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya dia tidak pernah bertemu dengan saudara maranya itu sejak lahir dan hubungan kekeluargaan mereka terputus selepas allahyarham datuknya, Busu Osman berhijrah ke Singapura lalu berkahwin dengan neneknya.

“Biarpun ayah tak mungkin mahu mencari keluarga datuk tapi saya tetap nak cari dan niat ini dah dipasang sebelum berhijrah pada tahun lepas lagi. Saya cari mereka sebab tak nak silaturrahim terputus,” katanya.

Difahamkan kawasan kampung halaman datuknya sudah menjadi kawasan tol dipercayai Simpang Ampat, Alor Gajah menyebabkan usaha pencariannya jadi bertambah sukar.


Abang Long Fadhil atau nama sebenarnya Muhamad Fadhil Husin berkongsikan perkara ini dengan pemberita selepas Tazkirah Ramadan yang diadakan secara santai di Masjid Selat, pada Rabu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori