Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Sabah...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah...

Mahu Pegawai Felda Beri...

BERA - Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan kehadiran pegawai...

KUISAS Dinaik Taraf Kini...

KUALA KANGSAR - Akhirnya impian puluhan ribu penduduk Kuala Kangsar ingin melihat Bandar...

Polis Cari Saksi Pemain...

IPOH - Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola...

9 Tips Untuk Lelaki Tampak Lebih Yakin Dan Menawan

SATU masa dulu kaum lelaki dilihat tidak peduli dengan ketrampilan diri mereka yang sebenarnya memainkan peranan penting untuk tampil lebih yakin di khalayak.

Mungkin mentaliti masyarakat ketika itu menganggap berhias hanya untuk wanita dan bukannya lelaki.

Namun peredaran masa dan zaman telah mengubah segala persepsi dalam diri kaum adam itu sendiri dan kini ramai yang sedar akan kepentingan menjaga luaran diri.

Tapi, apakah yang perlu dilakukan oleh kaum lelaki untuk tampak sedemikian? Baca 9 tips yang boleh membantu capai apa yang diimpikan itu di bawah.

1.Cari tukang gunting rambut yang sesuai dan memahami

PMH-Mens-Hair-Salon-Orange-County-Haircut

Sama seperti kaum wanita, rambut adalah ‘mahkota’ penting yang ada pada kaum lelaki. Mencari tukang gunting rambut yang sesuai dan serasi dengan diri anda memainkan peranan penting dalam hal ini. Bagaimana mahu cari penggunting rambut yang sesuai? Sebaik keluar dari kedai berkenaan, anda akan terasa tahap keyakinan meningkat dengan luarbiasa. Selain itu, tukang gunting rambut yang memahami juga akan memberi pandangan profesional mereka, memberi cadangan untuk gaya yang sesuai serta beberapa tips dalam hal penjagaan rambut kepada anda.

2. Elak guna pencukur untuk membersihkan bulu di muka

Morning hygiene

Tidak dinafikan trend lelaki yang tampil dengan muka flawless tanpa sebarang cela dan kemas tanpa misai dan janggut kini mendapat perhatian. Namun, kebanyakan wanita sebenarnya lebih gemar melihat lelaki yang memiliki sedikit bulu di bahagian mukanya. Ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu menyimpan atau membuang bulu di muka mereka tetapi elak penggunaan pencukur dengan kerap. Pakar dermatologi menyatakan penggunaan pisau cukur dengan pisau yang melebihi satu boleh memberi kesan kepada pati minyak di muka yang membantu kulit daripada terbakar dan iritasi atau kegatalan.

3. Kemaskan bulu hidung serta bulu kening

Sememangnya mengemaskan bulu hidung adalah penting supaya tidak menjengkelkan orang lain. Ia juga melambangkan individu tersebut seorang yang pembersih dan kemas. Bulu kening juga harus dikemaskan supaya tidak tampak serabut namun harus diingatkan agar tidak begitu keterlaluan. Walaupun perlu dikemaskan, penting untuk kekalkan keaslian bulu kening tersebut.

4. Memakai losyen pelindung matahari

Solar cream / sunscreen

Kajian pada tahun 2013 oleh Annals of Internal Medicine mendapati orang dewasa yang memakai losyen pelindung matahari setiap hari akan memperlahankan kadar penuaan berbanding individu yang tidak memakainya.


5. Guna losyen pelembap

Dr. Terrence Keany, Pengarah klinik Dermatologi W for Men, menyarankan memakai pelembap pada kulit sehari sekali untuk mengekalkan kelembapan dan tampil menawan. Pelembap juga membekalkan vitamin pada kulit wajah yang akan menampakkan anda kelihatan segar dan sihat. Selain itu, lelaki juga boleh mengambil tips kecantikan kaum hawa dengan memakai krim di bahagian mata. Pastikan anda membersihkan muka sebaiknya sebelum memakai pelembap agar tidak menghasilkan bintik hitam kelak.

6. Pakai pakaian yang sesuai

Memakai pakaian yang sesuai sangat penting. Ia akan menjadi tarikan utama pada diri anda. Cara berpakaian juga memberi kesan pada tahap keyakinan seseorang. Lazimnya mencari pakaian yang bersesuaian bagi lelaki pendek sangat sukar. Rujuk tips untuk lelaki pendek di sini.

7. Hargai diri dan bangga dengan apa yang dimiliki

Tua, muda atau botak tidak penting. Jangan terkesan dengan kekurangan yang dimiliki sebaliknya jadikannya sebagai satu kelebihan dalam diri. Tua tidak bermakna anda tidak bergaya. Lihat bintang George Clooney, semakin tua semakin segak. Jika anda tidak mempunyai rambut dan tidak yakin, pernahkah anda lihat Jason Statham yang tampil kacak selalu dengan gaya rambut botak? Jadi jangan jadikan sesuatu perkara yang ada dalam diri itu sebagai kekangan dalam hidup.

tumblr_inline_nse2ypcBGl1skjzcv_540
Jason Statham

8. Jaga kebersihan kaki dan tangan

Pastikan bahagian tangan anda sentiasa kemas dan bersih terutamanya kuku. Kaki juga harus dipelihara dengan sempurna. Anda pasti tidak mahu ada bau-bauan tidak disenangi menyelubungi ruang bilik yang dipenuhi dengan orang ramai bukan? Jadi bersihkan kaki sekerap mungkin supaya ia tidak berbau.

9. Pelihara gigi dengan sebaiknya

Senyuman paling manis yang dilemparkan kepada semua orang juga boleh beri kesan dalam kehidupan seharian. Namun senyuman yang menawan hadir bersama kebersihan gigi sempurna. Pastikan gigi sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: CheatSheet

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori