8 Bahasa Tamil Yang Sering Kita Ungkap Dalam Pertuturan Harian

12845

Dalam perbualan harian, kita sering mendengar bentuk bahasa yang mencampuradukkan dua atau lebih bahasa dalam satu ungkapan atau perbualan dalam masyarakat kita.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ramai kawan yang berlainan bangsa dan agama.

Penggunaan bahasa Tamil dalam perbualan harian adalah satu yang normal di Malaysia.

Walaupun penggunaan di kalangan bukan masyarakat Tamil agak mengarut dari maksud asal, namun masyarakat Tamil kita pun sporting dan biasanya memahami apa yang cuba disampaikan.

Jarang sekali mereka akan ambil hati atau marah.

Jom kita lihat penggunaan beberapa patah bahasa tamil yang sering digunakan dalam pertuturan harian.

1. Dey

Perkataan kepada seseorang yang melakukan atau mengatakan sesuatu yang bodoh, bangang atau mengarut. Namun, kita sering menggunakanya di awalan pada kebanyakkan permulaan ayat.

2. Poda & Pode

Poda bermaksud, Berambus kau lelaki dan Pode bermaksud , berambus kau bagi perempuan. Apabila anda sedang marah, maka perkataan ‘poda’ ini sering digunakan, lebih-lebih lagi golongan anak mami di utara tanah air.

3. Elek

Elek digunakan untuk mengatakan “tidak ada”. Sering kali kita lihat, penggunaannya digabungkan bersama keadaan kepala si pecakap dengan mengelengkan kepala.

4. Sapadek

Digunakan untuk kata ganti makan. Selalu kedengaran bila berada di restoran mamak bukan?


5. Anne/Anna

Perkataan Tamil bagi “Abang”. Contoh penggunaan yang sering kita dengar, “Anne, teh o ais satu!”

6. Thangachi

Perkataan sopan bagi adik perempuan. Di Malaysia, ia selalu digunakan untuk merujuk kepada kawan lelaki dan perempuan.

7. Macha

Bermaksud ‘adik ipar’ . Sering digunakan untuk memangil kawan, penggunaanya lebih kurang sama seperti “Anne”. Di kalangan masyarakat Tamil, bukan sebarangan orang memanggil orang lain macha kerana silap hari ia boleh mengundang kemarahan. Sesama kawan mungkin boleh tetapi antara orang yang tidak dikenali, baik elakkan.

8. Mapelley

Sering disalah gunakan untuk merujuk kepada tempat makan atau food court masyarakat mamak. Hakikatnya, ia bermaksud menantu lelaki! … Camna leh rujuk kat food court entah la…

 

**So, sekarang anda dah faham beberapa maksud perkataan yang kerap kita guna ni, jadi berhati-hatilah sikit bila menggunakannya. Janganlah uncle mamak yang tua seumur bapak kita tu dipanggil macha… nanti orang tanya balik…“Bila hari kau kahwin kakak dia?”.

Sebagai tanda hormat… panggilah uncle atau ayya…

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC