Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Just how to Communicate...

Authoring your own family is a rather complex undertaking which one can accomplish...

Doktor Muda Maut Langgar...

WAKTU pekerjaan seorang doktor memang tidak menentu lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhidmat...

Calon Bebas Bidas Anwar,...

KUALA LUMPUR - Pendokong gerakan BERSIH yang juga calon Bebas bagi Pilihan Raya...

Zakir Naik Fail Saman...

PENCERAMAH bebas, Dr. Zakir Naik memfailkan saman terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau...

6 Letupan Bom Gegar Jakarta, Balai Polis Hancur, 4 Maut

JAKARTA – Beberapa letupan kedengaran di tengah pusat ibu kota Indonesia, Jakarta pada lewat pagi 14 Januari, dengan sekurang-kurangnya disahkan empat orang maut setakat ini dalam kejadian nekad tersebut.

Sebuah balai polis di tepi jalan raya utama rosak selepas enam letupan kedengaran. Sekurang-kurangnya empat mangsa kelihatan terbaring di tepi jalan, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Bunyi tembakan dilepaskan turut kedengaran di kawasan tersebut selepas itu, namun sehingga kini tidak jelas siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam letupan bom dilancarkan secara mengejut berkenaan.

Antara kawasan terlibat dengan serangan pengeboman itu ialah sekitar gedung Sarinah di Menteng dan media tempatan melaporkan siri letupan bermula kira-kira pukul 10 pagi (atau 11 pagi waktu Malaysia).

Gedung Sarinah setinggi 15 tingkat yang dirasmikan presiden pertama Indonesia, Soekarno pada 1967 merupakan pusat beli-belah pertama di republik itu dan juga popular dalam kalangan pelancong asing.

Smoke billows following a blast outside the Australian embassy in Jakarta on September 9, 2004.
Pemandangan asap letupan berkepul di pusat bandar raya Jakarta ketika serangan pengebom pada 2004. – Gambar hiasan

Ini merupakan insiden serangan pengganas berani mati terburuk selepas kejadian letupan bom di luar Kedutaan Australia pada 9 September 2004 lalu yang berjaya membunuh sembilan orang awam tempatan.


Bandar raya Jakarta pernah bergegar dengan dua serangan bom terbesar pada 2003 dan 2009 yang hampir memusnahkan Hotel Marriott dan Ritz Carlton tidak jauh dari bangunan pejabat diplomatik Australia itu.

Indonesia juga sebelum itu pernah menjadi tumpuan seluruh dunia susulan pengeboman bunuh diri di pulau peranginan Bali pada 2002 dan 2005 yang memang disasarkan untuk membunuh ramai pelancong Barat.

Kesemua serangan berdarah itu dilakukan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, salah satu rangkaian militan serantau Al-Qaeda yang aktif di Indonesia selain jirannya, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pusat Karoake Ahmad Dhani Di Gedung Sarinah Hangus Terbakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori