Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

13 Motosikal, Empat Skuter...

PETALING JAYA: Sebanyak 13 motosikal dan empat skuter elektrik hangus terbakar dalam kejadian...

Graduan UNiMAP Tumpuan Pihak...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan graduan dari...

Kos Baharu Setiap Stesen...

KUALA LUMPUR – Penurunan kos pembinaan bagi fasa 1 dan 2 Projek Landasan...

2 Lelaki Curi Koleksi Coli Elit Victoria’s Secret RM290,000

WASHINGTON DC – Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat (AS) sebagai lelaki dikesan berjaya mencuri koleksi coli mewah jenama Victoria’s Secret di negeri Pennsylvania pada lewat Selasa.

Stesen televisyen tempatan CBS Philly melaporkan, koleksi elit bra keluaran firma pakaian dalam wanita terbesar dunia itu lesap di pusat beli-belah ternama Willow Grove Park Mall di bandar Abington, daerah Montgomery.

Siasatan awal polis mendapati jumlah kerugian dianggarkan AS$80,000 (RM286,980) dan duo pencuri ini dipercayai menggunakan beg plastik besar warna hitam yang biasanya digunakan untuk sampah domestik.

Gambar hiasan

Baca: Coli, Panties Merah Laris Sempena Tahun Baharu Cina

Suspek kemungkinan menyelinap masuk pada awal pagi ke dalam kedai Victoria’s Secret terletak di aras 1 kompleks perniagaan tersebut yang mengandungi 130 lot premis serta sudah dibuka sejak 1982 lalu.

Polis mengesyaki dua penjenayah ini telah merancang strategi lebih awal kerana mereka didapati mengetahui lokasi tepat kotak-kotak simpanan coli berharga mahal dan keluar dari kedai itu hanya dalam masa dua minit.

Timbul persoalan menarik, kenapa bra menjadi pilihan berbanding barangan lain yang lazim dicuri di gedung beli-belah namun, pihak polis berkata, kes curi coli memang pun banyak di seluruh AS malah bukan isu luar biasa!


Gambar hiasan

Kebiasaannya pencuri khasnya wanita akan memakai terus coli yang hendak dicuri di dalam bilik persalinan setelah membuang tanda harga dan kod pengesan sensor sebelum kemudian terus keluar dari kedai terbabit.

Di AS, trend curi bra bahkan dilaporkan meningkat setiap tahun dan motif sebenar pencuri selain tiada cukup duit ialah pakaian penutup buah dada itu sebenarnya boleh dijual semula di pasaran gelap atau menerusi secara talian.

Ia memang lumayan, maklumlah harga coli paling murah pun sudah mencecah AS$75 (RM269), manakala bra dengan beberapa ukuran tertentu seperti saiz 34 DD juga amat sukar didapati di kedai pakaian biasa. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori