Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Mahu Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan terpaksa menyeru ahli UMNO di seluruh negara untuk...

Ali Rustam Yakin Peluang...

PARLIMEN Bukit Katil yang diberikan nama baharu Hang Tuah Jaya selepas persempadanan semula...

D7 Selangor Gempur Pusat...

PUCHONG - Seramai 38 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam...

Perak Warta Hampir 100,000...

LUMUT - Seluas 997,604 hektar hutan di Perak diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan...

2.7 Juta = 1% Rakyat Indonesia Jadi Pengganas Daesh

JAKARTA – Badan Nasional Pencegahan Terorisme Indonesia (BNPT), mendedahkan bahawa sekitar 2.7 juta atau satu peratus daripada keseluruhan rakyat negara berkenaan terlibat aktif dalam kegiatan pengganasan Daesh.

Media tempatan terkenala, Tempo melaporkan, agensi antipengganas itu amat bimbang dengan perkembangan tersebut kerana jumlah yang bertambah mencerminkan masalah pengganasan semakin mendalam di Indonesia.

Menurut laporan yang cukup mengejutkan itu, bilangan didedahkan tersebut juga tidak termasuk mereka yang sokong atau simpati terhadap perjuangan sesat kumpulan pengganas Daesh mengganas di rantau Asia Barat.

BNPT turut mendedahkan dalam kalangan 2.7 juta itu, dianggarkan sekitar seribu orang disahkan sebagai ada kaitan secara langsung dengan kumpulan militan Daesh dan jumlah ini dijangka meningkat dengan pantas.

daesh id1


Tahun lalu hanya terdapat 60 penyokong Daesh di seluruh Indonesia, namun setahun kemudian ia melonjak kepada seribu orang dengan 100 daripada mereka telah pergi ke Syria untuk berjuang di medan perang.

Menurut BNPT lagi, sekitar 12 jaringan pengganasan Daesh terdapat di negara itu, termasuk rangkaian Bahrun Naim yang dikatakan menjadi dalang di sebalik serangan maut di pusat bandar raya Jakarta pada minggu lalu.

Daesh yang juga disebut sebagai IS kini disertai rakyat daripada pelbagai negara dengan paling ramai ialah China, diikuti Indonesia, Pakistan, Afghanistan, Australia, Perancis dan Britain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pengganas Daesh Cuma Takut Satu Negara Ini…

Juga: Daesh Pernah Ancam Bom Jakarta – Polis Indonesia

Lagi: Tauke Kafe Siber, Kini Mahu Jadi Ketua Daesh Serantau

Dan: Polis ‘Ganteng’ Kacak Buru Teroris Daesh Jadi Sensasi

Serta: NGO Pulih Faraj Ribuan Bekas Hamba Seks Daesh

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori