Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tipu Jual Kereta...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki yang memperdaya lebih 80 individu dengan menawar...

H5N1: Tunggu Laporan Sebelum...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh Jabatan Kesihatan Kelantan sebelum...

Hanya Lokman Datang, Prosiding...

KUALA LUMPUR - Prosiding lembaga disiplin kes surat tunjuk sebab terhadap bekas Naib...

Video: 10 Kapal Makhluk...

VIDEO yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah...

1MDB: PDRM Hantar Pegawai Ke Thailand Rekod Keterangan Justo

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi merekodkan keterangan Xavier Andre Justo berkaitan siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya mendapat kebenaran daripada Polis Thailand pada minggu lepas untuk menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (Petrosaudi) itu.

“Kita sedang buat perbincangan dengan pihak Thailand sekarang ini bagi ketetapan tarikh temu bual. Kita akan hantar pegawai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia keempat 2015 di sini, Rabu.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi.


Dia ditahan di rumahnya di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun lepas selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin antara PetroSaudi dan 1MDB. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori