“Pakcik Makanlah.. Saya Lapar Takpe, Ada Tenaga Lagi”

SEORANG pengguna Facebook mendapat pujian netizen apabila perbuatannya membantu seorang warga emas yang kelaparan sedangkan dia sendiri tidak punyai wang yang banyak dalam saku, dikongsikan di media sosial.

Raja Arjuna Zafriel dalam satu pos di Facebook menceritakan bagaimana seorang pakcik yang duduk di sebelah mejanya memandang seperti perlukan pertolongan.

Arjuna ternampak warga emas tersebut mengeluarkan plastik ubat dan apabila ditegur, dia memberitahu ubat tersebut diperoleh di Hospital Sg Buloh yang dikunjunginya selepas berjalan kaki dari stesen KTM.

Apabila ditanya mengapa tidak makan, pakcik tersebut memberitahu dia hanya ada RM2 yang bukan sahaja tak cukup untuk membeli makanan malah untuk pulang ke Sentul pun dia terpaksa menumpang lori.

Berasa kasihan, Arjuna menghulurkan bantuan untuk pakcik itu makan dan membayar tambang komuter pulang sedangkan dalam koceknya pun hanya ada RM20 dan dia perlu ke Subang selepas itu.

Berikut status yang dimuatnaik remaja ini di Facebooknya:

kesin

Apa yang lebih menyedihkan, pakcik ini mendakwa memiliki anak namun kesemua mereka tidak menghiraukan kebajikan dirinya hingga terpaksa tidur di depan kedai.

Sememangnya kita tidak tahu apakah kisah sebenar pakcik ini namun apa yang pasti, menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka yang memerlukan.

Di zaman ini tak semua orang sanggup mengenyangkan perut orang lain dahulu apatah lagi seseorang yang tidak dikenali jadi perbuatan Raja Arjuna Zafriel ini memang mulia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Loading...