Berlian 40 Karat Bernilai RM60 Juta Ditemui

ANGOLA – Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata syarikat perlombongan Australia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth, batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola.‎

“Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira-kira A$20 juta (RM60 juta),” kata Pengerusi Lucapa Diamond Company, Miles Kennedy kepada Australian Broadcasting Corp.

Menurutnya, berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian nasional Angola serta pelabur swasta.

Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga-tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015, kata Lucapa yang dipetik AP.

Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan berjumlah 3,106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905. – Agensi/Mynewshub.cc

Baca: Berlian Terbesar Dalam 100 Tahun Dengan 1,111 Karat

Juga: Berlian 100 Karat Paling Sempurna Bernilai RM80 Juta

[wpdevart_youtube]bdpKI_z0ZCY[/wpdevart_youtube]

Leave a Reply