Wira Mynewshub: Daki Gunung Kinabalu Tanpa Sepasang Kaki

KESUKARAN bergerak tanpa sepasang kaki yang dilalui oleh seorang pemuda ini, tidak menjadi penghalang untuknya berusaha mencapai apa yang dihajati.

Azrulkhan Hasrulla, pemuda berusia 24 tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) membuktikan tiada apa yang mustahil, seandainya keinginan disertai dengan usaha dan doa.

Hanya dengan menggunakan kekuatan tangannya sahaja, anak muda yang mesra disapa Adam ini mengensot dan merangkak bagi mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada tanggal 29 Januari lalu.

adam3
Sumber: Facebook Sabah Info

Biarpun tidak sampai ke puncak, Adam yang lumpuh kedua belah kaki berjaya sampai ke Sayat-Sayat, kira-kira 3,800 meter dari paras laut.

Faktor masa menjadi penghalang untuk dia meneruskan pendakian, selain cuaca yang sejuk.

adam
Sumber: Facebook Sabah Info

Dalam muat naik status di Facebook, Adam yang juga merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberitahu biarpun sedikit kecewa kerana tidak sampai ke puncak, namun dia menyifatkan pendakian berkenaan sangat berbaloi.

Wira Mynewshub: Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Adam sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana kejayaannya mendaki Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.

Kami di Mynewshub sentiasa mendoakan kejayaan buat insan yang tabah dan gigih seperti Adam ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...