Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dua Anggota Tentera Maut...

GERIK - Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan Royal Belum,...

Penganggur Warga India Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur warganegara India dipenjara empat bulan dan satu sebatan...

Bayi Ditinggal Sendirian Maut...

TAMPIN - Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di...

Biden Dijangka Umum Tanding...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk...

15 Penyokong Bola Dikesan Bantu Siasatan Pergaduhan

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan 15 penyokong bola sepak bagi membantu siasatan insiden penyokong Vietnam diserang selepas pasukan negara tewas 1-2 pada saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kerjasama 15 individu berkenaan diperlukan bagi membolehkan siasatan kes diselesaikan segera.

“Kita dalam proses untuk kenal pasti siapa yang terlibat (dalam insiden itu). Dalam konteks negara kita, tiada individu yang kebal dan tidak melangkaui undang-undang.

“Semua kita siasat dan kita bertanggungjawab untuk melindungi sesiapa pun yang berada di negara ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Insiden berkenaan berlaku beberapa minit sebelum perlawanan tamat apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.


Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Orang ramai yang mengenali 15 individu berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau pegawai penyiasat kanan ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870 atau menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori