14 Hari Mengadap Komputer Main Game, Tidak Makan & Tidur

China – Gila, sanggup mengadap komputer selama 14 hari tanpa makan, tidur dan mandi, hanya rokok semata-mata kerana ketagih pada permainan video game di internet.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki dikenali sebagai Xia, 21, hinggakan dia jatuh pengsan.

Selepas sedar, dia meminta pasukan paramedik yang berada di situ supaya meninggalkannya sendirian kerana dia mahu meneruskan melayari internet.

Dia juga enggan dibawa ke hospital.

Menurut pemilik pusat siber kafe itu, Xia hanya mengadap komputer sepanjang 14 hari di situ dan hanya merokok tanpa makan apa-apa.

Hanya pada hari ke-15 sahaja dia keluar untuk membeli makanan.

Di China, masalah ketagihan terhadap video game menjadi semakin serius dengan dianggarkan 24 juta kanak-kanak menjadi mangsa.

Loading...