Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rafizi Kekal MP Hingga...

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati...

Warga Myanmar Ditahan Bunuh...

PELABUHAN KLANG - Seorang lelaki warga Myanmar, 29, ditahan susulan penemuan mayat wanita...

Lagenda Rock n’ Roll...

WASHINGTON - Lagenda Rock n' Roll, Chuck Berry meninggal dunia pada usia 90...

Dissertation for that individuals

Article writing may truly be the. Writing an essay is going to have....

10 Helah Mudah Pastikan Tubuh Sentiasa Sihat

MUSIM perayaan kembali lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan buat semua umat Muslimin dan Muslimat.

Pastinya, berkumpul bersama keluarga dan sesi makan bersama menjadi antara agenda utama buat kita semua.

Untuk menghadiri pertemuan keluarga, tubuh badan, minda dan jiwa kita pun perlulah sentiasa kelihatan sihat dan segar agar dapat beraya dalam keadaan yang serba ceria dan meriah.

Anda sakit gigi, sengugut, ha, jangan risau, di bawah kami senaraikan tips mudah untuk anda menghidari semua masalah itu dalam sekelip mata. Jom semak!

close-up of a young woman holding her cheek in pain

1. Bila gigi rasa sakit
– Jika kamu sedang menderita bengkak gusi, gosokkan kiub ais pada belakangn tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Satu kajian di Kanada menunjukkan ia mampu mengurangkan rasa sakit sebanyak 50 peratus, kerana laluan saraf di situ merangsang kawasan otak yang dapat menghalang isyarat rasa sakit ke wajah dan tangan.

brain freeze

2. Hilangkan brain freeze
– Terlalu banyak pengambilan ais krim boleh ‘bekukan’ otak dan ia terjadi kepada hampir semua penggemar aiskrim. Penawarnya agar anda boleh terus menikmati aiskrim tanpa rasa sakit ialah anda hanya perlu tolak lidah ke lelangit, tutup sebanyak ruang yang boleh dan kemudian… relaks.

listening'

3. Kuasa mendengar lebih hebat
– Susahnya nak dengar apa orang cakap bila di parti! Dekatkan telinga kanan kamu kepada punca suara – ia mempunyai kelebihan mendengar yang baik berbanding telinga kiri, menurut penyelidik di University of California. Lagi satu helah, jika kamu nak cuba dengar lagu latar belakang yang sedang dimainkan secara perlahan di kedai kopi, arahkan telinga kirimu pula. Ia mampu ‘menangkap’ ton muzik dengan lebih baik.

jogging

4. Hilangkan rasa pedih
– Jika sewaktu berlari kamu lepaskan nafas bila kaki kanan memijak tanah, ia akan meletakkan tekanan kepada hati yang akan menarik diafragma hingga menyebabkan rasa pedih dan mencucuk. Oleh itu, cuba lepaskan nafas bila kaki kiri memijak tanah.

pimples

5. Goodbye jerawat
– Buat baik dengan kuasa antibakteria serta antirengsa yang wujud dalam madu dan sapukan sedikit pada jerawat kamu sebelum masuk tidur. Jangan lupa letakkan plaster di atasnya, nanti bantalmu dihurung semut pula.


period pain

6. Selamat tinggal senggugut!
– Ada cara mudah untuk atasi masalah senggugut, anda hanya perlu minum air jeruk timun dan tarik nafas perlahan-lahan beberapa kali. Kandungan asid yang tinggi dapat merelakskan kekejangan dengan cepat. Selepas minum air jeruk tu, jangan lupa susuli dengan air kosong agar tubuhmu kekal hidrasi.

thin

7. Tip kurus menawan
– Oleh kerana otot cepat selesa dengan senaman, tukar program sekurang-kurangnya setiap enam minggu. Pastikan ia jadi semakin sukar. Kalau kamu tak rasa seperti nak pengsan selepas 20 minit di atas treadmill, bermakna kamu belum cukup usaha. Biasanya mudah untuk pandang rendah kemampuan diri. Tapi jika kamu memaksa dirimu lebih daripada yang dijangka, kamu akan dapat hasil diingini.

foot

8. Hilangkan rasa kebas
– Jika kamu tak dapat rasa tanganmu kerana duduk pada satu posisi lama sangat, goyangkan kepala sisi ke sisi. Ia akan hilangkan rasa kebas dalam masa seminit. Tangan yang kebas itu berlaku kerana sekelompok saraf di leher termampat, melonggarkan otot leher agar dapat melegakan tekanan.

Dandruff issue on man's sholder

9. Hapuskan kelemumur
– Hilangkan kelemumur yang menganggu kamu dengan mengurut kulit kepala selama beberapa minit bagi mengeluarkan minyak semula jadi yang dapat mengekang kemunculan kelemumur. Kemudian tundukkan kepala dan ‘goncangkan’ rambut untuk singkir kelemumur yang terkumpul.

wake up

10. Agar senang bangun pagi
– Mula dengan bangun awal dari kebiasaan untuk beberapa hari, biarkan dirimu terbiasa dengan perubahan ini sebelum mengubah ke waktu yang lebih awal daripada itu. Ubah waktu bangunmu secara berperingkat sehinggalah kamu boleh celik mata tepat jam 6 pagi!

Selamat mencuba tips-tips yang dikongsikan ini! – MYNEWSHUB.CC

Sumber: majalah cosmopolitan

Body and Soul: Zen Music for your Meditation and Mind Body Connection, New Age Music

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori