Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jijik! Lelaki Kencing Atas...

SEBUAH video berdurasi lebih dua minit memaparkan perbuatan tidak senonoh dan bertamadun serta...

Model Vogue Diserang Kerana...

AKIBAT curiga, seorang lelaki telah menyerang kekasihnya yang juga model Vogue kerana menyangka...

Video: Cara Betulkan Tangan...

BAGI sebilangan masyarakat Malaysia, khidmat urutan "bomoh patah" bagi membetulkan tangan yang terseliuh...

Gerakan Akan Dipimpin Muka...

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang...

10 Bazaar Ramadan Anda Mesti Kunjungi Di Lembah Klang

ESOK semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia bakal menunaikan rukun Islam ketiga, menunaikan puasa wajib di bulan Ramadan.

Pengertian puasa dari segi istilah syarak bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat.

Bulan Ramadan juga memberikan kesempatan buat umat Islam untuk memperbanyakkan lagi ibadah sunat seperti solat Tarawikh, berzikir dan bermunajat memuji Allah Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, seakan menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang sibuk bekerja di sekitar ibu kota untuk mencari juadah berbuka di bazar-bazar Ramadan yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Cakap je nak apa, pasti anda boleh dapatkannya di bazar-bazar yang dijajahi!

Di bawah kami senaraikan bazar Ramadan yang sering kali menjadi tumpuan warga kota ketika menjelang Ramadan untuk rujukan anda.

Tapi ingat ye, bulan Ramadan bukan bererti pesta makanan selepas setengah hari menahan lapar dan dahaga sebaliknya hayatilah keberkatan dan kemuliaan Ramadan itu sendiri agar ibadat puasa kita diredhai dan diterima Allah SWT.

Selamat berpuasa!

shah alam

1.  Seksyen 13, Stadium Shah Alam 

Bazaar Ramadan di Seksyen 13, Stadium Shah Alam adalah yang terbesar di Selangor. Bazaar ini terkenal dengan gerai ‘Papa John’ yang sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai sehingga sanggup beratur panjang. ‘Papa John Kambing’ merupakan menu yang paling popular di gerai tersebut yang dikatakan sebagai Roti John yang tiada tandingan.

jalan tar

2.  Jalan TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman sememangnya telah bertahun-tahun menjadi tarikan utama warga kota di Kuala Lumpur. Antara juadah yang menjadi pujaan ramai adalah cendol serta air mata kucing yang dikatakan hanya berharga RM2.

taman melawati

3.  Taman Melawati

Antara hidangan lazat yang menjadi buah mulut orang ramai ialah ayam tempayan dan juga Jack Biri-Biri Stew Grill Power. Bazaar Taman Melawati ini juga besar dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan makanan yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

kg baru

4.  Kampung Baru 

Bazaar Ramadan di Kampung Baru menempatkan sebanyak lebih daripada 150 gerai dan terkenal dengan juadah bubur lambuk, Roti John, putu buluh, jus tebu, dan banyak lagi.

subang


5.  SS18, Subang Jaya 

Antara bazaar yang terbesar di Subang Jaya, perniagaan dikatakan bermula seawal jam 3 petang apabila orang ramai mula tiba untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bazaar SS18 juga dikenali dengan menu ayam golek dan kambing golek grill.

ttdi

6.  Taman Tun Dr. Ismail 

Lazimnya, tarikan utama yang sangat terkenal di bazaar TTDI adalah pulut panggang. Bazaar yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 ini juga menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti tepung pelita, nasi tomato, ayam masak merah dan popiah.

bangsar

7.  Jalan Telawi, Bangsar 

Terletak di hadapan masjid Bangsar, bazaar ini terkenal dengan gerai ‘Raja Murtabak’ adalah gerai menarik yang menyediakan hidangan murtabak yang dikatakan mempunyai rasa yang tiada tandingan. Antara gerai-gerai lain yang popular termasuk gerai nasi dagang dan nasi kerabu, yang sentiasa dipenuhi orang ramai yang beratur panjang.

kjj

8.  Kelana Jaya 

Bazaar Ramadhan Kelana Jaya terletak bertentangan dengan pasar raya Giant di Jalan SS6/1. Beberapa gerai menawarkan rendang daging lembu, kari kambing atau kari ayam untuk dimakan bersama nasi kukus. Selain itu, terdapat juga gerai yang menyediakan jus kelapa segar dan jus tebu tanpa bahan tambahan, nasi goreng, sotong bakar dan lain-lain.

pantai dalam

9.  Pantai Dalam 

Terletak berhampiran bazaar Kampung Kerinchi, bazaar Pantai Dalam adalah satu alternatif yang baik bagi yang tinggal berhampiran Bangsar selain bazaar di Jalan Telawi. Bazaar ini menawarkan pelbagai juadah seperti roti jala, kuih cara, ayam percik, dan air keladi.

bangi

10. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi 

Bazaar Seksyen 16 ini adalah antara yang terbesar di Bandar Baru Bangi. Setiap hari pada bulan Ramadan, pasti akan dipenuhi dengan kunjungan orang ramai sehingga sesak, tidak kira pada hari minggu atau hari bekerja. Hidangan yang terkenal boleh dijumpai di sini adalah seperti ayam golek, nasi ambeng dan burger bakar. – MYNEWSHUB.CC 

Sumber:  Says.com

Ustaz Ismail Kamus – Puasa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori